Pemuda Hamas kunjungi Presiden PAS


MARANG - Sekumpulan pemuda dari pergerakan Hamas diketuai oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, di Rusila, Marang, pada Jumaat 6 Julai.

Menurut Dr Mohd Awni Abu Habib beliau dan para pemuda tersebut adalah dari wilayah yang dikepung Gaza, mewakili sebuah badan NGO berteraskan kebajikan, Persatuan Kebajikan Palestin (Palestine Charity Association).

Beliau yang berucap di Masjid Rusila selepas Ustaz Abdul Hadi selesai menyampaikan kuliah mingguannya, berkata hubungan PAS dengan Hamas terjalin sejak sekian lama serta banyak membantu menyalurkan sumbangan dari umat Islam di negara ini.

[Gambar; Atas kanan - Presiden PAS menyampaikan sumbangan kepada wakil pemuda Palestin Dr Mohd Awni Abu Habib, bawah - Peiden PAS meraikan delegasi pemuda Palestin dengan sedikit jamuan di rumahnya]

Katanya, umat Islam di Palestin telah dizalimi dan ditindas dengan pembunuhan dan penderaan fizikal oleh Zionis Yahudi sejak lebih 70 tahun lalu.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan atas keberanian Ustaz Abdul Hadi Awang membela Palestin dan keprihatian umat Islam di negara ini khususnya peranan Yayasan Amal Malaysia (Amal).

“Kami datang dari bumi Gaza di Palestin. Kami bawa beberapa utusan yang ingin disampaikan bahawa segala bentuk sumbangan yang pernah dihulurkan kepada Hamas Palestin telah diterima.

“Pelbagai bentuk kegunaan (dibelanjakan) utuk bekalan makanan, perubatan dan membina kembali masjid-masjid yang dimusnahkan oleh pihak Zionis Yahudi.

“Saya datang bersama satu kumpulan pelajar dari Palestin yang sedang menimba ilmu di negara ini, untuk belajar membuat anggota-anggota palsu. Apabila pulang (Palestin) semula, kami dapat buat sendiri di sana,” jelasnya.

Namun, kata beliau cita-cita paling besar bagi penduduk dan umat Islam di Palestin adalah membebaskan tanahair termasuk Masjidil Aqsa.

Menurutnya, jika umat Islam di seluruh dunia masih tidak mempedulikan nasib Palestin lambat-laung Zionis Yahudi terus mengganas.

Kata Dr Mohd Awni, musuh Zionis Yahudi mempunyai perancangan besar mahu menakluk bumi Palestin serta dunia seluruhnya.

“Jika umat Islam lain asyik sibuk dan leka mencari benda-benda lain dan tidak mempedulikan hal-hal umat di Palestin. Lambat-laungnya, pihak Zionis (Yahudi) akan terus mengganas dan menakluk bumi Palestin dan seluruhnya,” tegas beliau.

Ucapan Dr Mohd Awni diterjemahkan oleh Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi.

Rombongan wakil Palestin tersebut diuruskan oleh pihak Yayasan Amal Malaysia (Amal) di bawah Pengerusinya, Haji Hussin Ismai yang turut hadir dalam majlis tersebut

Ulasan