Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamatmenyambut Eidul fitri kepada
umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan Negeri
Terengganu. Menurut Pesuruhjayanya, YB Haji Mohd Abdul wahid Endut, hari
raya disambut oleh seluruh ummat Islam
sebagai merayakan kemenangan melawan hawa nafsu, setelah sebulan
berpuasa.
“setelah selama sebulan kita berpuasa dengan menahan diri dari makan dan minum juga menjaga seluruh anggota tubuh badan zahir dan batin supaya tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT,
“selama sebulan kita berada di dalam madrasah ramadhan kita mendapat tarbiyyah secara langsung dari Allah dengan mengerjakan pelbagai ibadah seperti puasa, berterawikh, bersedeqah, bertahajjud, bertadarus dan lain lain lagi,”ujarnya dalam kenyataan beliau diambil 1 Syawal 1433
Oleh itu, katanya, sayugialah seluruh umat Islam meneruskan semua amalan tersebut walau bukan di bulan ramadhan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen kuala Terengganu berkata, pengajaran peristiwa turunnya al-Quran pada bulan ramadhan wajar kita aplikasi dan terjemah kan dalam kehidupan peribadi hingga bernegara.
Namun katanya, amatlah malang jika umat Islam bercuti kerana menyambut turunnya al-Quran tetapi tidak mengambil segala petunjuk dan pengajaran darinya.
Dalam masa yang sama, beliau berkata, terdapat saudara se-Islam kita di seluruh dunia yang menyambut raya dengan situasi berbeza samaada situasi perang, bencana atau pergolakan seperti di Palestin, Syria dan Myanmar (Burma).
“Sudah terlalu banyak darah ummat Islam ditumpahkan oleh manusia yang zalim. Maka kesempatan syawal ini perlulah kita gunakan semaksimum mungkin untuk menunjukkan persaudaraan dan kasih sayang kita kepada mereka,
“dengan berbanyak berdoa kepada Allah SWT, moga mereka dikeluarkan daripada kezaliman dan kesempitan serta diberi kemenangan oleh Allah SWT,”jelasnya
Beliau menyarankan, hari lebaran ini wajar disambut dengan amalan kunjung mengunjung dan bermaafan sesama sanak saudara dan rakan taulan, dalam masa yang sama kita tidak lupa untuk berkongsi kegembiraan ini dengan mereka yang tidak bernasib baik.
Tidak lupa juga beliau berpesan dan berdoa kepada Allah SWT agar anak-anak Terengganu yang berada di perantauan, selamat pulang ke kampong halaman dan berhati-hati di jalanraya.
Akhir katanya, beliau mewakili seluruh saff kepimpinan PAS Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu DarulIman.

Ulasan