Hanya PAS Mahukan Dasar Pemerintahan Islam


SETIU -  Hanya PAS yang mahu dasar pentadbiran dan corak pemerintahan Islam diamalkan dan dilaksanakan di negara ini sedangkan parti-parti politik lain dinegara ini termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak berminat dengan dasar tersebut

Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Rakit, Ustaz Mohammad Ya’akob berkata masyarakat umum di negara ini semakin pincang dengan pelbagai gejala sosial, perzinaan bebas, rogol, bunuh dan banyak lagi.

“Masyarakat kita hari ini pincang dengan bermacam kes gejala social, seks (zina) bebas, rogol, buang bayi, bunuh dan sebagainya.

“Pemerintahan Islam orang tidak berapa nok (hendak) dan hanya PAS sahaja sebuah parti yang nok mentadbir dengan hukum Allah swt. Sebab itu, banyak masalah (isu) tidak selesai,” ujarnya.

Beliau yang juga Mudir Sekolah Rendah Islah Dar at-Taqwa berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Umum dan Solat Tarawih di Kampung Maras, Batu Rakit, Setiu, pada Selasa 31 Julai.

Menurut Ustaz Mohammad dengan perlaksanaan undang-undang Islam masalah sosial yang sedang melanda negara akan dapat diatasi dan ia InsyaAllah dapat dilaksanakan sekiranya PAS diberi mandat untuk memerintah semula negeri Terengganu, sekaligus dapat memerintah negara.

Beliau menempelak, sesetengah pemimpin Umno yang berpendidikan agama  hanya pandai bercakap tentang Islam tetapi sebenarnya tidak berminat untuk melaksanakan Syariat Islam.

Menurutnya, setelah 55 tahun Umno diberi kepercayaan memerintah negara namun sehingga kini gagal mendaulatkan Islam.

Justeru beliau menyeru orag Melayu dan Islam menolak Umno dan BN dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Antara penceramah jemputan pada majlis tersebut iaitu mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Ustaz Rozali Mohammad dan pelakon Leftenan Adnan yang baru menyertai PAS, Hairie Othman.

Ulasan