PAS Terengganu Sokong Mansuh 4% Faedah Pinjaman Penjawat Awam

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita56/wahid.jpgKUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) menyokong penuh hasrat PAS Pusat yang mahu membawa cadangan memansuhkan 4 %  faedah pinjaman penjawat awam.

Menurut Pesuruhjayanya, YB Haji Mohd Abddul Wahid Endut, perkara tersebut telah dinyatakan oleh Setiausaha Agong PAS Dato’ Mustafa Ali akan membawa perkara tersebut kepada Pakatan Rakyat untuk diperjuangkan dan dijadikan manifesto bersama Pakatan Rakyat.


Katanya, pemansuhan tersebut bukan sahaja mampu meringankan beban pinjaman penjawat awam, malah membebaskan penjawat awam dari terlibat dengan amalan riba’.

“pemansuhan kadar faedah empat peratus akan memudahkan dan mengurangkan beban kakitangan kerajaan dalam keadaan semua barang dan perkhidmatan mengalami peningkatan harga,

“selain mengurangkan bebanan hutang mereka, akan mengelakkan penjawat awam dari terlibat dengan amalan riba’ yang diharamkan oleh Islam,”ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Rabu, 28 Ogos.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu berkata, kerajaan PAS yang memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingg 2004 pernah melaksanakan dasar tersebut.

“Kerajaan PAS Terengganu telah melaksanakan penghapusan faedah pinjaman (pada 1999 – 2004) telah dilaksanakan untuk kakitangan awam membabitkan pinjaman pembelian rumah kediaman, kenderaan dan komputer,

“Pembelian tersebut dibuat mengikut sistem Qardul Hassan dan Murabahah yang bebas daripada riba’,”tambahnya

Ulasan