PGU 05 Pada 5 & 6 Oktober di DUN Jabi, Setiu

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/perantau3.jpgKUALA TERENGGANU – Gelombang kebangkitan rakyat khususnya kesedaran anak-anak muda akan terus kekal bersama PAS sehingga tarikh pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

Mengekalkan gelombang tersebut, PAS akan meneruskan program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (PGU) kali ke lima (PGU05) di kawasan dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi Kawasan Parlimen Setiu.


Ketua Dewan Pemuda PAS selaku Pengarah PGU05, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia akan diadakan selama dua hari pada 5 dan 6 hb Oktober depan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/perantau2.jpg“Saya mahu mengumkan, InsyaAllah pada bulan Oktober nanti, kita akan mengadakan himpunan besar-besar gabungan pemuda dan muslimat,

“di waktu yang sama kemuncaknya adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Terengganu Siri yang ke lima, PAS Ganti Umno (PGU),”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Sempena Eidul Fitri berama anak-anak Terengganu di perantauan yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu dekat sini pada malam 2 Syawal Isnin, 21 Ogos.

Menurutnya, pengekalan kesedaran politik yang tinggi di kalangan anak-anak muda pada masakini akan dapat menumbangkan kerajaan Umno dan barisan Nasional yang dibina dengan rasuah dan peyalahgunaan kuasa.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/perantau1.jpg“saya melihat suasana (kebangkitan) anak-anak muda yang hebat dengan kesedaran politik yang tinggi akan dapat menumbangkan kerajaan (Umno-BN) yag dibina dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pembaziran dan segala keruntuhan seluruh aspek,

“InsyaaLlah (akan) tumbang dalampilihanraya ke -13 (dan) kita bina kerajaan baru yang telus, tulus dan bersih,”tegasnya.

Turut berucap dalam program tahunan PAS Terengganu itu adalah Presiden PAS dato’ Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Muslimat Puan Safinah Jusoh dan Ketua Dewan Ulamak Dato’ Ustaz Husin Awang.


Turut hadir selain seluruh pimpinan PAS Terengganu adalah Setiausaha Agong Dato’ Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Dato’ Wan Mutalib Embong,

Ulasan