Sambutan Hari Raya PAS Terengganu Bersama Perantau, 2 Syawal Malam

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/raya%20perantau1.jpgKUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan mengadakan satu program khusus Ramah Mesra Aidilfitri dengan Anak-anak Terengganu diPerantauan (Perantau)  pada Isnin, 2 Syawal, 1433H bersamaan 20hb Ogos, 2012 .

Program tahunan yang biasanya dibuat pada siang hari itu, tahun ini akan bermula pada jam 9 malam, bertempat di Dewan Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong, Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai.


Menurut Zaidan Abdullah, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, pada tahun ini, ianya pertama kali diadakan pada sebelah malam sebagai menyahut cadangan-cadangan yang diberikan oleh perantau dalam beberapa siri dialog tahunan pada tahun-tahun sebelum ini.

“Semua warga perantau sama ada yang telah bekerja ataupun yang masih belajar diperantauan dijemput hadir bagi memeriahkan program pada tahun ini bersama dengan Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Terengganu” katanya

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/raya%20perantau.jpgBeliau juga berharap perantau sebagai tetamu yang diraikan pada malam tersebut dapat hadir lebih awal dan sholat Isyak berjemaah di surau bersebelahan tapak program.

Sementara itu, Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong berkata pihaknya sangat bersetuju dengan perubahan tarikh dan masa yang dilakukan oleh PAS pada tahun ini yang diadakan pada sebelah malam kerana pada tahun-tahun sebelum ini, warga Perantau terpaksa memilih sama ada untuk hadir program yang dianjurkan oleh PAS atau pun hadir program dianjurkan oleh kerajaan negeri kerana sentiasa diadakan pada waktu yang sama.

Dengan perubahan ini, “lebih ramai perantau dapat hadir pada kedua-dua program, sama ada yang dianjurkan oleh kerajaan negeri mahupun yang dianjurkan oleh PAS sebagai kerajaan yang menanti” katanya ketika dihubungi.

Beliau menyeru, Perantau yang pulang ke kampong halaman masing untuk menyambut Aidilfiri tahun ini berhati-hati dalam perjalanan dan selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Ulasan