Tiada 'Kopitiam' Terengganu Ada Sijil Halal

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/antara%20kopitiam.jpgPesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd Rozali Saleh berkata,tiada 'kopitiam' di negeri ini telah mendapat sijil 'halal' dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) setakat ini disebabkan tahap kesedaran yang rendah di kalangan pengusaha kedai kopi itu tentang kepentingan mendapatkan sijil tersebut.


"Kita tidak boleh memaksa pengusaha kopitiam untuk memohon sijil halal JHEAT kerana ini adalah tidak wajib tetapi kita berharap mereka akan membuat satu usaha untuk mendapatkan sijil sebagai peningkatan dalam perkhidmatan yang diberikan.

"Ini adalah yang paling penting kerana kopitiam telah menjadi tempat yang popular berehat dan makan bagi orang-orang selepas kerja," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini 26 Ogos.

Satu semakan oleh Bernama mendedahkan bahawa kedai-kedai kopitiam paling sesak dikunjungi di negeri ini termasuk yang dikendalikan oleh orang bukan Islam.

Sementara itu, Buletinonline melaporkan pada 14 Ogos lalu, ADUN Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, kenyataan JHEAT berkenaan pengeluaran sijil halal bercanggah dengan jawapan yang dikemukakan kerajaan dalam sidang DUN baru-baru ini.

Menurutnya, pada 8 Ogos 2012, dilaporkan kira-kira 60 peratus hotel di Terengganu mempunyai sijil pengesahan halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Beliau berkata, menurut Pesuruhjaya JHEAT Datuk Mohd Rozali Saleh, sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, pihaknya meluluskan 19 permohonan sijil halal baharu bagi dapur hotel.

“JHEAT kata 60 Peratus Hotel Di Terengganu Peroleh Sijil Halal JHEAT, tapi kerajaan kata hanya ada 6 buah premis makan yang diluluskan,

“ini tidak tepat dan bercanggah sama sekali kerana kita menyemak ada 38 buah hotel diseluruh Kuala Terengganu,”ujarnya.

Katanya, antara hotel terkemuka disenaraikan dalam jawapan kerajaan itu adalah Riyaz Heritage Marina & Spa, hotel Tanjung Vista, hotel Laguna, Gem Beach Resort dan hotel Seri Malaysia.

Ulasan