BESUT
– Kedatangan 1 Syawal disambut dengan penuh kegembiraan oleh umat Islam
di seluruh dunia, setelah berjaya mememerangi ‘hawa nafsu’ selama
sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
Namun begitu, tujuh buah keluarga dari Kampung Muka Bukit, Keruak, Hulu Besut dekat sini, meyambut ‘hari kemenangan’ itu dengan ‘kepahitan’ sejak sepuluh tahun yang lalu.
Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Hulu Besut, Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah - Gambar) mereka terpaksa mengangkut air dari pekan Keruak bagi keperluan kehidupan seharian, akibat ketiadaan bekalan air bersih.
Beliau melahirkan rasa dukacita dan sedih dengan nasib yang menimpa keluarga tersebut dalam kerana katanya, ia tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan zaman yang didakwa serba moden ini.
“Saya merasa sedih dengan nasib yang menimpa 7 keluarga yang dinafikan hak mendapat air bersih.
“Sepatutnya pihak berkenaan mengambil langkah bagi menyelesaikan masalah penduduk tersebut kerana ia keperluan asas yang perlu diberi keutamaan,”ujarnya.
Beliau berkata, alas an yang diberikan olehpihak berkuasa yang mendakwa kawasan tersebut merupakan kawasan berkedudukan agak tinggi adalah tidak munasabah.
Katanya, kerajaan yang memerintah di negeri Terengganu adalah sama dengan parti yang berkuasa di negeri Pahang.
“Sekiranya, kerajaan Umno-BN Pahang boleh membekalkan air di tanah-tanah tinggi seperti Genting Highland, mengapa tidak di Kampung Muka Bukit,
“(agak) mustahil kalau) Umno Terengganu tidak dapat menyelesaikan masalah air 7 keluarga tersebut yang berlarutan sejak lebih 10 tahun,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama-sama menyertai ‘Program Jejak Murni’ membekalkan air bersih kepada para penduduk kampong terbabit pada akhir Ramadhan 18 Ogos lalu, anjuran bersama Kelab Permotoran Alternatif (Alternative Riding Club – ARC) PAS Kawasan Besut bersama MTD Hulu Besut.
Seorang ketua keluarga terlibat yang dikenali sebagai Mohamad Daud berkata, masalah ketiadaan air itu telah berlanjutan sekian lama.
“Kami terpaksa angkut air dari dekat kedai (pecan) Keruak bagi bekalan air minuman dan memasak makanan (harian), tambah ‘rohok’ (susah) bila tiba bulan Ramadhan dan musim perayaan,
“nak sediakan juadah berbuka dan untuk buat kuih menyambut Raya,”ujarnya ketika ditemui.
Seorang lagi ketua keluarga terbabit, Yahaya Ahmad mendakwa, sepanjang Ramadhan tahun ini penduduk kamung tersebut hanya mendapat bekalan air sebanyak empat kali sahaja.
“sepanjang bulan puasa (baru ini) air hanya ada empat kali, itupun terpaksa tunggu pukul 3 pagi......cuba bayangkan bagaimana kami boleh hidup selesa tanpa air bersih,
“untuk mandi, membasuh pakaian (kami) terpaksa ulang alik ke sungai, hari inipun tak buat ketupat sebab air tak ada,”jelasnya.

Ulasan