Pesuruhayanya, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkataPAS Terengganu akan beriktira da memberikan perhatian khusus untuk meletakkan seorang calon muslimat.
“Kali ini kita cuba ikhtiar (untuk) ada juga (calon) wanita, kita nak semua lapisan diwakili, soal muktamad (dan)siapa tak tahu lagi,
“tapi sekarang ini kita sedang beri perhatian khusus (selaras dengan) muslimat PAS Pusat yang meminta kalau boleh setiap negeri ada calon muslimat,”ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena majlis Rumah Terbuka BPPNT di perkarangan pejabatnya di Taman Sri inta Jalan sultan omar dekat sini hari ini Khamis, 8 September 2012.
Menurutnya, cadangan Muslimat pusat itu ada kemuasabahannya dan pihak PAS Terengganu sedang berusaha menentukan calon dan kawasan yang sesuai.
Justeru, beliau berharap akan dapat meletakkan seorang calon wanita yang diterima oleh semua pihak dalam satu-satu kawasan itu.
Turut hadir dalam siding media tersebut adalah Pengarah jabatan pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman.
Ulasan