KUALA TERENGGANU
- Pemerintah sekarang ,Umno dan Barisan Nasional (BN) sering
melaung-laungkan dan berjanji untuk membela bangsa Melayu dan agama
Islam, namun adakah Umno-BN menepati janji-janji itu?
“Apakah Melayu tanpa keris…..? Apakah (ertinya hidup orang) Melayu tanpa songket?, ia merupakan bayangan atau warisan kita….. kalau kita tidak menilai, kalau kerajaan mengabaikan kraftangan ini,
“itu merupakan ketidakiklasan kita dalam menyelamatkan warisan kita dan perjuangan Melayu kononnya,”kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, seorang arkitek terkenal yang juga juga kerabat Diraja negeri Terengganu.
Beliau seolah-olah merintih, menceritakan kesedihan Kampung Ladang Kuala Terengganu, sebuah kampung yang terkenal dengan industri kraf, yang kini telah dihancurkan dan hanya tinggal pasir dan debu sahaja.
Sebaliknya, Raja Bahrin membandingkan, tidak jauh dari Kampung Ladang terdapat Kampung Cina Kuala Terengganu yang dibangunkan dengan indah.
“Kampung Cina dan Kampun Ladang….. Kampung Ladang kini apa yang tinggal…..tinggal pasir sahaja, (sedangkan) Kampung cina diperindahkan, dicat molek, jalan da tiang lampu disalut dengan cat emas….,”
“bukan salah memang eloklah diperindahkan kampong cina sebagai daya tarikan pelancong, tetapi mengapakah orang Melayu kampung Melayu di abaikan, diruntuhkan….. diranapkan!,”tegasnya.
Katanya, berpuluh-puluh orang wakil-wakil rakyat orang Melayu dari Umno tetapi tidak dapat menyelamatkan kampong-kampung Melayu ditengah Bandar Kuala Terengganu, sedang hanya seorang wakil rakyat berbangsa Cina boleh mendapatkan manfaat dan memperindahkan kampong Cina.
“Kampung Ladang hancur, kampong tanjung akan hancur…… apakah ini pembela bangsa…..(semuanya hanya) janji-janji kosong, apalah maknanya (janji BN) janji di tepati,”jelasnya ketika berucap di Kampung Tok Nasek, dekat sini, minggu lalu, Jumaat 14 September.
Keadaan Flet Gemilang Yang Menyedihkan
Kampung Ladang dan Ladang Tok Pelam suatu ketika terkenal dengan industri kraf , tangan-tangan orang Melayu Islam yang membuat batik, membuat tembaga, buat keris, songket dan barangan dari perak.
Semuanya sudah musnah kini, pengusaha seni Melayu itu telah dihalau, rumah-rumah penguasaha kraf ini telah dihancurkan dan mereka terpaksa mecari tapak lain di Kuala Berang Hulu Terengganu dan Bukit Payong, Marang.
“Apa telah jadi kepada pengusaha-pengusaha Melayu ini yang dulu berkampung, bertempat di (kampong) Ladang? Dihancurkan rumah mereka….dihalau mereka….ada duduk di Kuala Berang, ada duduk di Bukit Payong, Marang,
“negeri-negeri lain bawa pengusaha ini (ke satu tempat) nak jadikan kampong yang tiada (industri kraf ) hendak diadakan,
“kita sudah ada kampong tradisi semulajadi (warisan kraf) kita pecahkan, kita halau mereka keluar….nak embela nasib Melayu kononnya…… tidak masuk akal..!!,”katanya.
Setelah di musnahkan rumah-rumah rakyat di kampong Ladang, dibangunkan sebuah Flet namanya Ladang Gemilang, namanya cukup ‘glamour’ Ladang Gemilang.
Amat mengejutkan, katanya, apabila beliau masuk melawat Flet Ladang gemilang menemankan ADUN PAS Datuk Tengku Hassan Omar.
Teryata, Flet Ladang Gemilang indah dilihat dari luar, tetapi ‘hodoh’ didalamnya.
“namanya begitu glamour….gemilang, dua belas tingkat Ladang Gemilang, tengok daripada luar comellah, cuba masuk (ke) dalam,
“saya terkejut tengok keadaan di dalam, dengan koridornya berandanya gelap’ gugup’ dengan lifnya yang tiga (tapi) hanya satu yang masih berfungsi,”katanya.
Menurutnya, amat menyedihkan keadaan hidup penduduk Flet Ladang yang asalnya adalah penduduk Kampung Ladang yang miskin dan terpaksa tinggal di Flet berkenaan disebabkan rumah mereka yang telah dimusnahkan.
“satu flet (rumah) yang kita masuk, atas televisyen (dalam rumah itu) penuh ditutupi dengan lilin, lilin itu cair sehingga menutup skrin televisyen itu kerana (penghuni rumah itu) tidak mampu membayar elektrik, terpaksa memakai lilin,”katanya.
Beberapa anak kecil yang tinggal yang tinggal di Flet itu juga tidak pergi ke sekolah kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan.
Jenazah Terpaksa Di Kepak
Persolannnya, adakah kerajaan Umno-BN membuat satu kajian kemampuan penduduk asal kampong Ladang untuk mendiami flet tersebut.
Adakah pemerintahan Umno-BN Terengganu sebenarnya hanya mempermain-mainkan penduduk Kampung Ladang yang terdiri daripada orang-orang Melayu Islam?
“Realiti sebenarnya penduduk Ladang (yang miskin) tidak mampu, kalau dulu mereka dijanjikan massuk ke (flet) Ladang Gemilang sewanya hanya RM126 dan dijanjikan sewabeli, bila dah masuk bukan RM126 bukan (sewa) RM126, tetapi RM300 lebih, bukan sewa beli (hanya) sewa saha,
“bila ditanya kepada kerajaan, bila (rakyat) boleh beli (jawabnya) tak tahu lagi….macamana???,”katannya.
Datuk Raja Bahrin yang pernah mereka bentuk pelbagai bangunan terkemuka termasuk Muzium negeri Terengganu dan Masjid Terapung mempersoalkan, apakah standard kualiti bangunan Flet Ladang Gemilang
“Apakah kualiti pembinaan Flet ini? Ada makcik-makcik tua yang tidak dapat turun ke tanah (bawah) dua tiga hari kerana lif rosak (kerana tua) tak mampu naik turun tangga,
“dan satu cerita yang sedih apabila seorang warga tua yang meninggal, nak bawa masuk keranda ke dalam lif nak (untuk) membawa turun jenazah dari tingkat 12 ke bawah,
“(tetapi) lif tak muat…..jadi jenazah itu terpaksa dikepak (dan didukung untuk turun kebawah),”katanya.
Tambahnya, beliau mempersoalkan, adakah Flet itu menepati kehendak dan keperluan orang-orang Melayu dan Islam?
***Deangar dan Lihat Ucapan Datuk Raja Bahrin di Buletinonline Channel

Ulasan