Kemudahan Rawatan Penyakit Kronik Perlu DiTingkatkan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/hj%20zul%20pak%20hassan.jpgKEMAMAN - PAS menyeru kepada semua pihak yang terbabit supaya meningkatkan menyediakan kemudahan rawatan kepada penyakit kronik kerana ia masih ditahap minima, sedangkan bilangan pesakit semakin meningkat.

Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kemaman, Haji Zulkifli Md Yakim berkata ramai pesakit buah pinggang, jantung dan kencing manis telantar dirumah masing-masing dan terpaksa mencari ikhtiar sendiri bagi mendapat mendapatkan sesuatu rawatan kerana kos perubatan yang mahal.

"Kita (PAS) agar semua pihak dan agensi terbabit dengan menyediakan bantuan serta kemudahan bagi merawat penyakit kronik agar dapat meningkatkan prasarana bagi rawatan penyakit kronik,

"terutamanya Jabatan Kesihatan dan agensi-agensi yang memberi sokongan agar dapat membuat satu kajian bagi menghadapi suasana yang dijangka lebih membimbangkan pada masa depan,"ujarnya.

[Gambar Atas - Haji Zul melihat tangan Pak Hassan seorang warga emas di Kampung Tanah Lot yang terlantar kerana sering diserang Asma kronik]
Menurutnya, kajian yang telah dibuat mendapati data terkini merumuskan setiap 10 orang rakyat Malaysia seorang menghidapi sakit buah pinggang,darah tinggi dan diabetes.

Beliau berkata demikian selepas mengaakan Program Ziarah Kesihatan yang diadakan di Kampung Tanah Lot, Air Putih dekat sini pada Sabtu 8 September lalu

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/ziarah%20kesihatan%20air%20putih.jpgMenurutnya, dari pemerhatian yang dibuat, bantuan yang disediakan bagi mengurangkan beban rakyat yang menghaapi penyakit kronik walaupun sudah wujd namun masih belum memadai.

Sebagai contohnya katan beliau seorang bekas tentera yang tidak cukup perkhidmatan terpaksa mencari kewangan bagi menampung kos rawatan sakit buah pinggang sebanyak RM450 seminggu.

"Saya merasakan adalah tidak adil kepada rakyat yang pernah berkhidmat untuk mempertahankan negara tidak mendapat apa-apa bantuan dan terpaksa bergantung kepada isterinya yang mengambil upah menoreh getah,

"sedangkan tanggungan kekuarga seramai tujuh orang sudah cukup membebankan ditambah lagi dengan bebanan untuk mencari sebanyak RM450 seminggu bagi merawat buah pinggangnya yang rosak,"jelasya.

Menurut Haji Zulkifli, ia merupakan suatu tragedi yang meningkatkan bilangan rakyat miskin dalam persekitaran yang didakwa negeri dan negara yang kaya dan berpendapatan tinggi.

Dalam program ziarah Kesihatan yang diadakan itu, beliau menziarahi seorang pesakit yang mengalami komplikasi buah pinggang, darah tinggi serta diabetes dan seorang diserang stroke kerana darah tinggi.

Manakala dua orang penduduk lagi menderita akibat darah tinggi dan diabetes serta serangan asama yang 'akut'.

Turut serta dalam ziarah tersebut adalah Ketua Muslimat majlis Tindakan DUN (MTD) Air Putih Faridah Yahya yang juga Ketua Penerangan Muslimat kawasan kemaman dan Ustaz Md. Zaid Tawang selku Ketua Cawangan PAS Air Putih dan Setiausaha Kebajikan PAS Kawasan Kemaman

Ulasan