Menuju Al-Falah; Empat UPU Kritikal Hulu Besut ‘Berubah Angin’

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/Ziarah%20Al-Malak%20Hulu%20Besut1.jpgBESUT – Program ‘Menuju al-Falah’ seliaan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu yang dilaksanakan sehari suntuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut di sini pada Sabtu 8 September membuah hasil yang diluar jangkaan.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD), Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah), program yang melibatkan semua tenaga MTD dan unit Peti Undi (UPU) serta beberapa tenaga peringkat kawasan dan negeri menyaksikan perubahan di empat UPU.


“Program ini melibat seluruh jentera MTD dan UPU lebih 100 orang menziarahi para pengundi dalam UPU yang agak kritikal melibatkan tumpuan kepada pengundi sasaran,

“Alhamdulillah (hasilnya) ada perubahan……. perubahan luar jangka ……walau bagaimana pun kena bekerja lebih keras bagi menjamin DUN Hulu Besut dimenangi pada kali ini,”ujarnya ketika ditemui.

[Gambar Kanan Atas; Cikgu Solah menziarahi seorang warga emas yang uzur]

Sementara itu, katanya, program Pemuda bercorak sukan dan rekreasi juga mendapat sambutan hangat, antaranya pertandingan sepak takraw.

Beliau berkata, walaupun kawasan Hulu Besut dianggap jauh dari kawasan perbandaran, semakan mendapati bawaha orang-orang muda sebenarnya mempunyai maklumat terkini tentang politik Negara kerana capaian mereka kepada berita alternative media baru.

“Kita juga tidak terduga, mereka (orang muda) rupa-rupanya boleh mengakses  internet , semasa ditemui menunjukkan mereka mempunyai maklumat terkini tentang politik dari sumber media baru,”jelas Cikgu Solah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/ceramah%20alfalah.jpgSelain itu, semakin ramai yang hadir dalam program-program penerangan yang diadakan, antaranya adalah program  ceramah kelompok muslimat.

“Program ceramah kelompok  di dua UPU, kita dapati semakin ramai yang hadir.  Ini menunjukkan mereka telah mula hilang rasa takut dengan ugutan Umno-BN ,

“rata-rata mereka mula menyedari bahawa wang ehsan bukan segala-galanya, lebih-lebih lagi di masa sekarang (kerana) harga semua barang naik,

“keadaan ekonomi yang  tidak menentu dengan harga hasil komoditi getah dan kelapa sawit yang menjunam menyebabkan mereka (rakyat) tertekan,”tegasnya.

[Gambar kanan bawah; Ahli Jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Puan Siti Khadijah menerangkan risiko yang dihadapi oleh peneroka Felda dalam ceramahnya di Felda Tenang]

Namun begitu, beliau kesal kerana ‘budaya samseng’ Umno-BN telah mula menular bukan sahaja di Bandar-bandar bahkan di kawasan luar Bandar seperti di Hulu Besut.

Menurut Cikgu Solah yang juga Timbalan Yang DiPerta PAS Besut, ceramah umum yang dianjurkan pada sebelah malam di Felda Tenang telah diganggu dengan provokasi ‘bakaran’ mercun.

“Ceramah Umum di Felda Tenang dalam keadaan hujan lebat tapi dapat diteruskan, walaupun terdapat sedikit gangguan ‘mercun’ di awal ceramah,

“ini menunjukkan budaya samseng mulai menular ke kampong-kampung, Umno yang terdesak mula bertindak bodoh terhadap pembangkang,”katanya yang menambah,  rakyat akan bertambah benci dengan perangai tersebut.

Ulasan