Najib Akan Bentang Sesuatu Yang ‘Pelik dan Luar Biasa’ Dalam Bajet 2013

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/Nik%20Zawi%20Azman%20Shapawi.jpgKUALA TERENGGANU – Isu-isu yang dilontarkan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan negeri-negeri memberikan kesan ke dalam jiwa rakyat menyebabkan Umno dan Barisan Nasional ‘ketakutan’ untuk mengadaka pilihanraya umum ke-13 lebih awal.



Walaupun begitu, menurut Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Nik Muhamammad Zawawi Mohd Salleh, BN akan membubarkan parlimen dan mengadakan plilihanraya pada bila-bila masa sekiranya mereka menganggap boleh mencapai kemenangan.

“masalah-masalah mereka (BN) yang banyak tidak dapat diselesaikan dengan baik dan isu-isu yang banyak masih subur dalam ingatan rakyat dan mereka agak ‘ketakutan’ untuk berhadapan dengan pilihanraya dalam tempoh yang terdekat,

“walau bagaimana pun, politik boleh bertukar dalam masa yang singkat, mungkin kalau dilihat ada andaian mereka boleh mencapai kemenangan dengan baik, mereka boleh buat (pilihan raya) pada bila-bila masa,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Lujnah Penerangan PAS negeri Terengganu pada Jumaat malam 7 September. [Gambar - Ustaz Nik Zawawi (kanan)  dan Timbalannya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani]

Oleh itu, katanya, Umno-BN cuba mencetuskan isu-isu memburuk-burukkan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat termasuk merekacipta isu air di Selangor dan Kelantan.

Beliau optimis, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak akan mengisytiharkan sesuatu yang ‘pelik dan luar biasa’ dalam pembentangan bajet 2013 nanti, untuk menarik sokongan.

“Dijangka Najib, Presiden Umno akan mengisytiharkan dalam bajet negara (2013) tidak lama lagi, ada juga andaian yang menatakan Najib akan bentang sesuatu yang luar biasa, pengisytiharan itu boleh jadi mereka (Umno-BN) sendiri pun tak boleh nak buat,

“(tapi) apabila sebaik sahaja selepas isytihar….dia akan buat pilihanraya,”jelasnya.


Hudud Adalah ‘Core Business’ PAS

Nik Zawawi yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Syura Ulamak PAS merangkap Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan, Hudud tetap menjadi keutamaan dan ‘core business’ dalam perjuangan PAS.

Oleh itu, katanya, PAS Pusat akan mengadakan satu seminar pada 13 Oktober bagi menjelaskan bahawa Hudud adalah relevan untuk dilaksanakan di negara ini.

“oleh kerana isu Hudud menjadi core business bagi perjuangan kita, (oleh itu) InsyaAllah PAS Pusat akan mengadakan satu seminar pada 13 Oktober depan,

“kita akan fokuskan (dalam seminar itu) Hudud adalah relevan dilaksanakan dalam negara kita kerana undang-undang yang ada didalamnya (Hudud) ada kedamaian dan nasihat (kepada seluruh manusia),”tegasnya.

Justeru beliau berkata, tidak timbul soal suasana ‘kondusif’ yang diperlukan dalam melaksanakan hokum tersebut kerana katanya, Hudud itu sendiri sudah bersifat ‘kondusif’

Manakala menurutnya, isu yang berkait dengan mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Katanya, Umno tidak dapat ‘menangguk di air yang keruh’ dalam kes Ustaz Nasha kerana kenyataan beliau sendiri yang menafikan akan keluar daripas PAS dan menyertai Umno.

Ulasan