Nilai Pentadbiran Kerajaan Umno-BN Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita4/Satiful%20gong%20badak.pngKUALA NERUS - Rakyat negeri Terengganu yang celik maklumat diminta menilai rekod pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, supaya tidak mudah ‘dibeli’ dan ditipu dalam menentukan masa depan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, pelbagai urus tadbir kerajaan Umno-BN Terengganu tidak memberikan banyak manfaat, malah ada tindakan yang merugikan rakyat.


Sebagai contoh beliau berkata, penyerahan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada kerajaan pusat menyebabkan institusi pendidikan yang ditubuhkan dibawah kerajaan negeri itu, tidak lagi memberi keutamaan kepada anak-anak negeri Terengganu.

Selain itu, menurutnya, KUSZA yang dibangunkan dengan dana dan aset hasil dari wang rakyat ‘hilang’ begitu sahaja apabila penyerahan tersebut tidak dibayar walau ‘sesen’ oleh kerajaan pusat.

“Sepatutnya rakyat padanlah (cukuplah) tengok (pentadbran kerajaan Umno-BN)! Apa jadi dengan (masa depan) pendididikan (negeri) kita? KUSZA dulu (kemasukkannya) 70% anak negeri Terengganu, pelajar yang aada (mendapat) diploma boleh menyambung ke tahun 3 Universiti al-Azhar,

“sekarang ni bila diserahkan kepada kerajaan pusat, ‘se-sen’ pun (kerajaan pusat) tidak bayar (kepada kerajaan negeri), quota (keutamaan) untuk rakyat Terengganu pun tak dapat dah..... bahkan diploma keluar daripada Unissza tidak boleh sambung terus pengajian ke universiti al-Azhar,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan di Taman peruahan Permint Makmur, Gong Badak, dekat sini pada Jumaat 21 September. [Gambar - Ustaz Satiful ; cukuplah.... sudahlah memberi sokongan kepada umno BN]

Selain itu, beliau menyelar sikap boros yang ‘menjadi-jadi’ di kalangan pemimpin Umno-BN Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said.

Katanya, bebelas ribu hektar kawasan pembalakan telah dihabiskan sejak Ahmad mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008

"Pemimpin-pemimpin (umno) boros, berbelas ribu hektar kawasan balak zaman Ahmad said ini perhabis ke dia, buat projek di Kenyir RM300 juta, kawasan bebas cukai.....siapa nak pergi membeli belah di sana?,"soalnya.

Ulasan