MARANG
– PAS mengajak seluruh rakyat membuat perubahan yang lebih besar
mengikut ‘acuan sebenar’ yang merubah pembangunan, kemerdekaan dan
pemerintahan negara untuk generasi yang akan datang.
Acuan yang lebih besar itu, kata Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, adalah perkara yang telah ditinggalkan oleh RasuluLlah SAW.
“para ibu bapa yang yakin dengan Pasti yang mendidik anak-anak mereka, kita juga harap mereka yakin dengan acuan sebenar, acuan yang lebih besar ukan hanya melibatkan pendidikan anak-anak bahkan melibatkan generasi kita,
“acuan yang lebih besar (itu) ditinggalkan oleh RasuluLlah SAW (ialah) untuk kita menggerakkan pembangunan, kemerdekaan dan pemerintahan negeri kita dan negara kita, InsyaAllah,”ujarnya
[Gambar - Ustaz Satiful (kanan) menyampaikan hadiah kepada pelajar Pasti yang menyertai pelbagai pertandingan antaranya; berkhutbah, nasyid berkumpulan dan 'coral speaking. Mengiringi Ustaz satiful adalah Pengarah Pasti Ustaz Sulaiman Sulong (berbaju merah)]
Menurutnya, PAS bersama gelombang besar masakini, mengajak masyarakat membuat perubahan bagi memimpin pemerintahan di negeri Terengganu dan melakukan perubahan di Putrajaya pada pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Katanya, semua rakyat sedang menanti-nanti PRU ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa bagi memilih alternatif baru pemimpin yang akan mentadbir negara.
“Kita merupakan mengajak rakyat membuat perubahan bagi memimpin pemerintahan negeri Terengganu Darul Iman bahkan kita mengajak (rakyat) menggerakkan satu gelombang yang lebih besar,
“iaitu melakukan perubahan ke Putrajaya buat pertama kali (bagi) memberi alternatif baru kepada pemimpin negara kita,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutup Program Alam Ria Pasti peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Dewan Tok Guru, Rusila dekat sini, pada Sabtu 8 September. [Dengar dan Lihat Ucapan Ustaz Satiful melalui buletinonline Channel]
Oleh itu beliau menyeru semua pihak, memainkan peranan menggembelingkan tenaga menyampaikan mesej perjuangan tersebut yang akan membuahkan hasil kejayaan buat negeri dan negara.
Beliau yang juga mantan ADUN Paka berkata, program tersebut yang diadakan bersempena sambutan hari raya adalah untuk meraikan kemenangan setelah mengharungi Ramadhan yang lalu.
Oleh itu beliau berharap, dapat membuat sambutan yang lebih besar , setelah mencapai kejayaan selepas mengharungi PRU yang ke-13 akan datang.
Turut sama dalam majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Pasti negeri Terengganu Ustaz Sulaiman Sulong dan semua Jawatankuasa Pasti negeri.

Ulasan