KUALA NERUS
- PAS mengajak seluruh rakyat terutamanya orang Melayu Islam di
kampung-kampung agar bersama dengan parti Islam itu bagi meneruskan
amanah menjaga agama, bangsa dan tanah air.
Menurut Exco Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat telah membuktikan mampu mentadbir negeri yang diperintah dengan baik dan berkesan.
Katanya, di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga terbukti lebih mampu menjaga bangsa serta beramanah.
Sebaliknya, kata beliau, pemimpin-pemimpin Umno hanya bijak menipu rakyat terutama di kawasan kampung dan pendalaman.
“Pakatan Rakyat, mereka telah memulakan tugas dengan baik dan dibuktikan dapat menjaga bangsa Melayu, lebih beramanah dan bijak menguruskan negeri-negeri dibawah jagaan mereka.
“Pemimpin Umno, bila bercakap banyak ‘kecek’ (bohong) dari yang betul. Mereka (Umno) kata jika Pakatan Rakyat menang di Terengganu, parti DAP yang akan menguasai negeri ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Majlis Pidato Khas Memperingati Peristiwa Ahzab di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, dekat sini pada Ahad malam 9 September
Ustaz Hishamuddin yang juga Ketua dewan Pemuda PAS Kemaman mendakwa Umno gagal menjaga Melayu apabila menyerahkan kerusi pilihan raya kepada kaum lain di tempat majoriti orang Melayu.
Menurutnya, di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar Kuala Terengganu sebagai contoh, Umno telah menyerahkan kerusi majoriti pengundi Melayu kepada MCA.
“Kita lihat di Dun Bandar N.14, pengundi ada 18,953 orang dengan Melayu 60.41 peratus, Cina 38 peratus dan India 1.24 peratus.
“Calon BN, Toh Chin Yaw dan lawan dengan Dr Abdul Manaf Che Mat calon dari Parti KeADILan Rakyat (PKR). Akhirnya, orang Melayu (PKR) kalah di Dun Bandar.
“Mereka (Umno) kata hendak jaga Melayu tetapi sebenarnya mereka (Umno) hanya tipu orang Melayu yang duduk di kawasan kampung dan pendalaman,” jelasnya.
Sehubungan itu, katanya pemimpin dan ulama’ Umno diminta menjelaskan atas dasar apa gabungan Umno dalam Barisan Nasional sebagaimana PAS dan Pakatan Rakyat atas nama ‘tahaluf siasi’.
Menurutnya, jika tahaluf siasi antara PAS dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak syari’e bagaimana dengan Umno-BN.
“Umno tidak boleh memerintah tanpa gabungan dalam Barisan Nasional (BN). Bagaimana dengan Umno yang bergabung dengan MCA, MIC, Gerakan, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), People Progressive Party (PPP), Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Liberal Democratic Party (LDP), United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), Sarawak Prograssive Democratic Party (SPDP), Sarawak People’s Party (PRS) dan lain-lain, atas nama Barisan Nasional itu kerjasama apa,” soal beliau.
“Dalam BN hanya ada dua parti Melayu iaitu Umno dan PBB. Gabungan Umno dalam BN itu apa namanya. Kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat dinamakan ‘Tahaluf Siasi’. Kita harap ada penjelasan dari ulama’ dalam Umno,” ujarnya.
Sebab itu, katanya pemimpin-pemimpin Umno hanya mempergunakan agama bagi kepentingan politik untuk terus memerintah negara ini.
Tambahnya, PAS dan Pakatan Rakyat mampu memajukan bangsa, negeri dan negara ini dengan kekuatan sendiri tanpa perlu menumpang Umno-BN yang telah memerintah lebih 50 tahun.
“Saya hendak mengajak seluruh rakan-rakan dari Umno supaya berfikir dan mengkaji supaya kita (rakyat) boleh tentukan masa depan kita dan tidak mudah ditipu oleh pemimpin-pemimpin Umno,” ujarnya.

Ulasan