Pemuda Siap Siaga Pertahan Rhu Rendang

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita4/pemuda%20Rhu%20Rendang.jpgMARANG -  Para pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang sudah bersiap siaga sepenuhnya bagi mempertahankan kemenangan dan sekaligus mengekalkan kemenangan PAS pada DUN tersebut dalam pilihanraya ke-13  akan datang.

Operasi Al-Falah (Ops Al-Falah) Peringkat DUN yang diadakan pada Jumaat 21 September baru-baru telah menjulang semangat juang para pemuda dengan pelbagai tindak kerja dan latihan.


[Gambar - Pemuda Rhu Rendang antara ribuan yang menyertai demonstrasi membantah filem menghina nabi di Masjid rusila minggu lalu]

Pengarah Operasinya, Ustaz Najmudin Rani memberitahu, program peringkat pemuda telah dimulakan dengan munajat dan qiamulailail bagi mempertingkatkan rohani dan diikuti dengan tindak amal jasmani.

“Aktiviti dimulai dengan program Munajat dan Qiamulail Perdana bagi persiapan ruhiyah pejuang-pejuang Islam bagi menghadapi rintangan dalam perjuangan, program ini berlangsung di Masjid Mujahidin Bukit Gasing,

“kemudian pemuda mengedarkan risalah di Bandar Marang iaitu di Pasar Bandar Marang dan Pasar Minggu Sungai Kerak,, sebelah malam pula ialah program BBQ di UPU Sentul Patah yang melibatkan pemuda sasaran,”ujarnya

Menurutnya, seluruh jentera Pemuda telah memainkan peranan masig-masing dalam usaha mempertahankan Dun Rhu Rendang yang kini disandang oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Presiden PAS.

“Saf Pemuda akan berusaha mendampingi generasi muda yang kini mula menyokong Pakatan Rakyat, terutama golongan pengundi yang pertama kali mengundi.”jelasnya.

Ulasan