Politik 'Pecah dan Perintah' Umno-BN Pecah belahkan Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/hari%20keluarga%20dun%20sura.jpgDUNGUN - Apabila ramai orang yang mencintai Islam memakmurkan sesebuah masjid yang didirikan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mendirikan masjid lain untuk memmecahkan perpaduan masyarakat kampung.

Menurut Yang DiPertua PAS Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, sekurang-kurangnya tiga qaryah telah berlaku pepecahan akibat dasar 'pecah dan perintah' parti tersebut.

"Di Dungun ada tiga kampung yang berlaku, paling awal adalah berlaku keatas masjid Sura, apabila ramai orang-orang yang mahukan Islam memakmurkan masjid tersebut, kerajaan Umno-BN membina masjid lain,

"begitu juga di Kampung Tebing Tembah dan yang terbaru surau Pelandang di kampung Pulau Serai diangkat menjadi masjid, sedangkan sudah wujud masjid Kampung pulau serai disitu,"jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Sura berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa gambar beliau telah digunakan sebagai bahan dalam satu kursus oleh kerajaan Umno-BN berhubung dengan isu sembahyang Jumaat di dua masjid berasingan.

Katanya, ia adalah bukti yang jelas, ketakutan Umno-Bn kepada Islam kerana sesungguhnya parti itu tidak mahu melaksanakan dasar-dasar Islam.

Wan Hassan berkata demikian ketika ditemui selepas program hari Keluarga DUN Sura yang diadakan pada Sabtu, 15 September di perkarangan pejabat DUN Sura di sini. [Gambar - Ustaz Wan hassan menyampaikan hadiah kepada pemenang program hari Keluarga DUN Sura]

Sehubungan itu, beliau meminta pihak-pihak berkenaan yang terbabit dengan penganjuran kurus tersebut agar tidak membabitkan beliau atau mana-mana ahli PAS sebagai 'bahan momokan'.

Sekiranya ia tidak dihentikan, beliau akan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan.

"Saya berharap pihak-pihak terbabit menghentikan semua fitnah ini dan sudah cukuplah bagi Umno-BN, cukuplah atau berdepan dengan tindakan undang-undang,"tegasnya.

Menurutnya, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said sebelum ini telah menuduh PAS sebuah pasti yang sesat.

Namun begitu katanya, ahli-ahli Umno sendiri tidak percaya kepada Ahmad dan semakin ramai ahli-ahli Umno yang keluar dari parti itu menyertai PAS.

Ulasan