Rumah Terbuka Sempena Eidul Fitri PAS Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/raya%201433%20perhubungan%20sinar%20copy.jpgKUALA TERENGGANU – Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke Majlis Rumah Terbuka sempena Eidul Fitri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) yang akan diadakan di perkarangan pejabat BPPNT di Taman Sri Intan, dekat sini, pada hari Khamis 19 syawal  1433 bersamaan 6 September.



Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata Majlis tersebut akan di adakan bermula jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang pada hari tersebut.

“kita jemput semua, muslimin muslimat tanpa mengira latar belakang politik dan rakan-rakan dai kalangan bukan Islam untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Eidul Fitri,

“InsyaAllah, majlis akan bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga ke pukul 3 petang di pejabat PAS (Terengganu),”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusi mesyuarat Urusetia Majlis berkenaan pada Selasa 4 September.

Menurutnya, majlis tersebut yang merupakan acara tahunan PAS yang diraikan setiap tahun akan dimeriahkan dengan kehadiran bekas selebriti terkenal tanah air, Bob Lokman.

Oleh itu, beliau majlis tersebut dapat mengeratkan ukhuwwah dan silaturrahim serta hubungan diantara kaum, diantara PAS Terengganu dengan seluruh rakyat khususnya warga bandaraya Kuala Terengganu.

Ulasan