Terkini; Demo Cinta Rasul Di KL dan Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/demo%20Padang%20Landak.jpgBESUT - Satu himpunan aman 'Cinta Rasul' telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut di perkarangan majid Padang Landak dekat sini seusai solat fardhu Jumaat hari ini 21 September.

Seramai 500 orang umat Islam telah berkumpul bagi membantah penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW yang teah muat naik ke laman sosial you Tube.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/demo%20KL.jpgWalaupun telah diberi amaran, laman tersebut masih tetap membarkan pihak lain memuat naik filem tersebut yang telah menaikkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/demo%20KL1.jpgBahkan, bukan sahaj filem 'iklan - trailer', Buletinonline dimaklumkan filem penuh Innocence of Muslim itu dapat di tonton di laman tersebut.

Turut hadir pada himpunan Cinta Rasul tersebut adalah Ketua dewan Ulamak PAs Terengganu, Dato' Ustaz Husin Awang, AJK Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim, Yang DiPertua PAS Besut Ustaz wan Azhar Wan Ahmad dan pimpinan pemuda PAS Kawasan Besut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita4/demo%20KL2.jpgSementara itu, laporan dari hadapan kedutaan Amerika Syarikat, lokasi Himpunan Sejuta Umat membantah penerbitan filem yang sama mendapati, pihak polis telah pun berkawal di hadapan kedutaan tersebut.

Sejurus selepas selesai menunaikan solat jumaat, umat Islam yang 'Cintakan rasul' mereka mula bergerak bagi memberikan peringatan kepada pemerintah Amerika syarikat, agar jangan mempermain-mainkan Rasulullah SAW.

Ulasan