KEMAMAN
- Tindakan provokasi 'ala samseng' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa) yang mesra Umno dan Barisan Nasional (BN) mengganggu serta
melempar kasut ke dalam masjid di Alor Setar amat memalukan orang-orang
Melayu.
Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid [Gambar - berbaju hijau] menyifatkan tindakan ‘agen’ Umno melalui Perkasa yang mengganggu beberapa siri jelajah Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak wajar.
Bahkan, katanya tindakan ‘samseng’ melempar kasut ke dalam masjid itu mencemar kesucian rumah ibadat orang Islam sendiri.
“Malu kepada orang Cina, orang Hindu yang tidak Islam pergi dengar takzirah (Anwar) di luar masjid. Hak puak-puak Perkasa yang muka hidung Melayu, terpekik, menjerit dan lempar kasut masuk dalam masjid. Siapa lebih biadap dari Cina-Hindu tadi.
“Ini (Perkasa) semua ‘agen’ Umno yang buat kacau, macam samseng. Mereka ganggu siri Jelajah Merdeka Rakyat oleh Dato’ Seri Anwar ke seluruh Negara,” ujarnya ketika ditemui pada Hari Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Tindakan Dun (MTD) Kemasik baru-baru ini.
Menurutnya, serangan di masjid tersebut bukan soal Anwar atau sesiapa tetapi tindakan itu mencemarkan imej Islam dimata masyarakat bukan Islam.
Beliau yang juga Setiausaha PAS Kemaman mempertahankan dasar perjuangan parti kerana berlandaskan syariat Islam.
Katanya, syariat Islam merupakan hak mutlak Allah Ta’ala dan bukan milik sesiapa termasuk PAS atau Umno.
“Syariat itu milik Allah yang hendak dijalankan sepenuhnya. Ini kerana, Syariat itu bukan hak kita (PAS). Syariat itu bukan milik orang PAS. Syariat Allah bukan milik orang Umno.
“Syariat Allah bukan milik orang Melayu dan bukan jadi hak milik siapa-siapa. Itu (syariat) hak Allah dan kerja kita ialah menerima amanah dan tanggungjawab untuk laksanakan,” tegasnya.
Menurutnya, PAS tidak pernah berganjak dari dasar perjuangan Islam meski pun menyertai pakatan dalam ‘tahaluf siasi’ dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ulasan