Warga Tionghua Chukai Gembira Menyambut Dua Perayaan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/majlis%20raya%20tionghua1.jpgKEMAMAN - Seramai lebih 150 orang warga Tionghua melahirkan rasa sukacita kerana mereka diraikan dalam majlis sempena hari raya bersekali sempena sambutan perayaan kuih bulan serta perayaan Tang Lung.

Majlis tesebut yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai telah diadakan pada petang Selasa bermula jam 6.30 petang, 18 September di sebuah restoran di Taman Chukai Utama di bandar Chukai dekat sini

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undanga Negeri (MTD) Chukai Haji Hanafiah Mat mengucapkan terima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan sedia memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata majlis tesebut diadakan bersekali dengan perayaan kuih bulan dan perayaan Tang Lung yang akan disambut oleh oleh kaum Tionghua pada akhir September ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/majlis%20raya%20tionghua.jpg"saya ucap teima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan teima kasih kerana sedia jemberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat,

"sebelum akhir majlis ini kita akan edarkan kuih bulan PAS sempena mengingati sejarah perjuangan orang-orang di negeri China pada zaman dahulu,

"dan ia pastinya akan meningkatkan semangat kepada warga Tionghua untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang,"ujarnya yang disambut dengan tepukan oleh para hadirin.

Turut hadir dan memberikan ucapan pada majlis tersebut adalah ADUN Simpang Pulai Perak YB Chan Ming Kai dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing

Ng Chai Hing telah menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga warga Tionghua Chukai kepada MTD Chukai kerana menganjurkan majlis tersebut.

Menurutnya, itulah kali pertama majlis seumpamanya yang diadakan khusus untuk masyarakat Tionghua.

Ulasan