Zoo Bukit Takal; PAS Alu-alukan Laporan Polis Pemuda Umno

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/Fakta%20zoo%20Bukit%20Takal.jpgKUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS telah lama membuat pendedahan yang melibatkan ramai wakil-wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mendapat tanah kerajaan.

Menurutnya, perkara tersebut didedahkan kepada umum kerana tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS sebelum ini telah dirampas oleh kerajaan Umno-BN Terengganu.

Pada masa yang sama, Umno-BN memberikan tanah ‘yang luas dan baik’ kepada wakil-wakil rakyat dan Exco kerajaan sedangkan ramai rakyat miskin yang berhak mendapat tanah telah dinafikan hak mereka.

“memang kita telah membuat pendedahan sudah lama, bukan baru, sekarang ni sudah ramai wakil-wakil rakyat yang dapat,

“rakyat memohon tanah tidak dapat, tetapi rakyat memoho tanah atau pun tidak memohon tanah (sebaliknya) dapat tanah-tanah yang cukup istimewa,

“apa yang mereka (Umno-BN) timbulkan adalah wakil rakyat ‘ada hak’ untuk memohon tanah, tapi isu kita adalah dimana hak rakyat?,

“rakyar Terengganu yang miskin, yang tidak ada tanah untuk tapak rumah tetapi mereka dinafikan hak itu, jadi ini isunya (ini) persoalannnya,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ADUN Chukai Datuk Mohd Awang Tera yang juga Exco kerajaan Terengganu, ‘melenting’ apabila didedahkan isu ‘YB Baham Tanah’.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/Fakta%20zoo%20Bukit%20Takal1.jpgSyed Azaman berkata demikian kepada pihak media selepas Majlis Ceramah Pakatan Rakyat di kampong Gong Tok Nasek dekat sini semalam, Jumaat 14 September.

*** Lihat Video Kenyataan Dr Syed Azman di buletinonline.net


Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agong PAS Pusat menegaskan, tidak timbul PAS sengaja mendedahkan perkara tersebut , tetapi katanya ia adalah kerana ia adalah isu yang melibatkan satu salah urus dan salah tadbir oleh kerajaan Umno-BN Terengganu.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh pemuda umno Kemaman berkenaan fakta-fakta berhubung isu pembangunan Zoo Bukit Takal.

Menurutnya beliau telah mendedahkan perkara tersebut dalam siding Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu berdasarkan dokumen sebenar yang beliau perolehi.

“kita mempnyai semua dokumen yang cukup dan pendedhan itu berpandukan kepada dokumen rasmi yang ada pada kita, jadi kita boleh buat pendedahan pada bila-bila masa,

“tak apa taka pa (kita mengalu-alukan)  laporan polis (pemuda Umno) itu,”ujarnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad, yang turut sama dalam siding media tersebut  menjamin, tidak aka nada ADUN atau Exco kerajaan yang akan menerima pemberian tanah dari kerajaan.

“Saya nak celah sikit, sebaliknya dinegeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya (negeri) Selangor, tidak akan ada ADUN atau Exco yang akan diberikan anugerah tanah kepada mereka,

“sebaliknya hanya rakyat sahaja yang akan dapat,”katanya.

*** Lihat Video Kenyataan Dr Syed Azman di buletinonline.net

Ulasan