KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meneru semua umat Islam mengambil contoh pengorbanan nabi-nabi dan pengikutnya dalam menegakkan Islam sepanjang zaman.
“Marilah kita mengambil pengajaran diatas dua peristiwa ini untuk meningkatkan keyakinan dan ketaatan kepada agama Allah SWT.
Moga-moga kita dipilih oleh Allah menjadi hambanya yang istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam untuk kesejahteraan di muka bumi ini.kelemahan dan ketakutan kita untuk berkorban,”ujarnya.
Ustaz Hadi berkata demikian dalam ucapannya mewakili PAS mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata agama Islam dihina kerana umat Islam tidak sanggup berkorban mempertahankannnya.
“mengapa agama kita dihina sebegitu rupa? Tiada jalan lain lagi yang harus kita lakukan kecuali berkorban dengan segala kepunyaan kita kerana Allah untuk menaikkan kembali ketinggian Islam.
“Ingatlah akan amaran Allah yang Dia akan menggantikan dengan kaum lain sekiranya kita tidak mahu berkorban mempertahankan agamaNya,”tegasnya.
Beliau selaku ADUN Bukit Payong berkata demikian dalam perutusannnya sempena menyambut Eidul Adha.
Menurutnya, disebalik kisah pengorbanan keluarga nabi Ibrahim yang menjadi ikutan pada setiap hari raya Eidul Adha tidak ramai umat Islam yang menghayati kisah nabi Ibrahim itu dalam kehidupan seharian.
“ berapa ramaikah antara kita yang benar-benar telah menghayati hakikat pengorbanan itu? Adakah kita sudah dikira berkorban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti yang diajarkan oleh rasulullah?
“Adakah dengan menghadam cerita pengorbanan keluarga nabi Ibrahim saban tahun ketika menghampiri Eidul Adha dikira sebagai berkorban?,”soal beliau

Ulasan