Allah meletakkan kepada kita seorang muslim, tanggungjawab yang sangat berat.
“Demikian kami jadikan kamu ummat pertengahan untuk menjadi saksi atas manusia dan rasul pula menjadi saksi atas kamu…” Al Baqarah 43
Dalam melaksanakan tanggungjawab berat ini, Allah memfardukan jihad ke atas setiap muslim, sama seperti Allah memfardhukan sembahyang ke atas kita. Kewajipan Sembahyang dicatat dalam Quran, kewajipan jihad pun sama dicatat dalam quran. Jihad menurut makna yang luas, makna yang syumul, sehingga hidupnya dakwah Islam. Jihad secara berterusan, demi untuk meninggikan agama Allah.
Seorang Muslim tidak dapat lari sama sekali dari kewajipan dakwah. Suatu kaedah yang tidak boleh diubah sama sekali.Tiada dakwah tanpa jihad, tiada Jihad tanpa pengorbanan. Ummah terdulu telah mendapat izzah, mendapat kebaikan dengan jihad dan pengorbanan. Kita ummah sekarang, mustahil kita akan mendapat izzah dan kebaikan sebagaimana mereka, melainkan dengan kita melalui melalui jalan sama yang menyebabkan yang menyebabkan ummah dahulu mendapat izzah dan kebaikan. Inilah JALAN JIHAD DAN PENGORBANAN. Kata Hassan Al Banna: Orang yang bercita-cita nak kepada kebaikan, nak buat islah (baik pulih), nak dapat kegemilangan dan izzah tapi tak nak berjihad dan tak nak berkorban, orang ini adalah orang yang tengah mimpi dan khayal.
Syair Arab kata:
Sapa yang cari ketinggian tanpa susah payah, dia telah sia-siakan usahanya untuk cari suatu yang mustahil.
Sapa yang tidak bersedia untuk berkorban, dia kena bersedia untuk menjadi mangsa korban.
Berkorban wajib. Wajib bagi setiap kita yang redha, Allah tuhan kita, Wajib bagi kita yang redha Islam ugama kita, Muhammad Nabi kita.Samada harta, masa, kehidupan semuanya kita perlu jadikan cagaran untuk mendapat redha Allah.
Siapa yang rasa diri dia mampu berkhidmat untuk Islam, mampu beri saham untuk dakwah, sedangkan kita bakhil terhadap jiwa kita, bakhil harta kita, bakhil terhadap waktu kita, malah apa jua sekalipun, kita perlu periksa semula diri, baca quran dengan teliti, kaji sirah perjalanan Rasulullah dan generasi yang telah mendapat kemulian, nescaya kita akan dapat tengok, hakikat yang lebih terang dari cahaya matahari di siang hari.
Imam Hassan Al Banna kata; “Siapa yang duduk dan enggan melakukan pengorbanan bersama kami, mereka berdosa.”
Firman Allah dalam surah al Ahzab yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu, pergilah beramai-ramai berperang pada jalan Allah, kamu rasa berat dan suka tinggal di tempat masing-masing, menikmati kesenangan dunia. Apakah kamu lebih suka hidup dunia dari akhirat? Perbuatan kamu salah, kerana kesenangan dunia berbanding akhirat, sangat sedikit. Jika kamu tidak pergi berjihad di jalan Allah, Allah akan azab kamu dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya dan dia akan ganti kamu dengan suatu kaum yang lain.”
Ayat ini menceritakan tentang kisah perang Tabuk. Sebahagian ulama’ menamakan dengan nama perang ‘Asirah. Perang yang penuh kesukaran. Sukar sebab ketika itu musim panas yang sangat terik. Sukar kerana jarak perjalanan ke Tabuk sangat jauh kira-kira 625 km ke utara Madinah. Payah nak tinggal rumah, sebab berlaku pada musim panas . Musim panas, musim buah masak. Kalau di Iraq, musim panas buah tamar masak, buah anggur, buah epal, buah lai masak. Orang lebih suka duduk di rumah sambil kutip dan makan hasil tanaman.
Ada jugak ulama’ panggil dengan nama perang fadzihah. Perang yang membongkar identiti sebenar, antara orang yang benar-benar kukuh beriman, orang yang lemah iman dan orang-orang munafik.
Allah mula ayat ni dengan panggilan yang sangat lembut, khusus untuk orang-orang yang beriman. “Wahai orang-orang yang beriman.” Sahabat-sahabat nabi bila dengar nabi baca ayat .”wahai orang-orang yang beriman…” tinggal semua kerja. Allah panggil kita! mari kita pergi dengar apa Allah nak bagitau. Yang duduk berniaga tinggal barang-barang, yang duduk bertani tinggal tanaman, yang duduk mengembala tinggal kambing, tinggal unta. Mari-mari dengar… rupa-rupanya Allah murka, “kenapa kamu ini, bila nabi ajak pergi berperang, kamu rasa berat, sayang kepada harta benda dunia, sayang kepada kebun, sayang nak tinggal rumah. Padahal kalau kamu tahu bandingan kesenangan dunia dengan senang akhirat, sikit sangat kesenangan dunia ini. Kalu kamu tak mahu pergi jugak, aku akan azab kamu dengan azab yang pedih dan aku akan ganti kamu dengan kaum yang lain.
Tak Pelik bagi Allah. Kalau kita tak berminat buat kerja Islam, Allah akan ambil orang lain sebagai ganti. Perjuangan Islam tetap Allah pelihara dan tak akan mati. Bila orang Arab meninggalkan Islam, Allah ambil orang Kurdi, Salahuddin Al Ayubi, Nuruddin Zengi, ini orang Kurdi. Bangsa Turki seperti Sultan Muhammad Al Fateh yang buka kota Konstantinople, pusat kekuasaan empayar Rom Timur. Orang Mongul pernah pimpin Islam dan mereka sebarkan Islam sampai ke benua India. Ulama’-ulama’ muktabar, ramai yang bukan Arab. Syeikh Sibaweh, pakar dalamm ilmu tata bahasa Arab, orang Iran, Imam Bukhari, Ulama’ hadis terkenal, lahir di Bukhara, dekat dengan Rusia. Imam Al Qurthubi, pengarang tafsir Al Qurtubi, lahir di Cordova, Sepanyol. Tak pelik bagi Allah, bangsa apa pun, hamba dia belaka. Sekarang ini, perkembangan Islam di Eropah sangat-sangat memberansangkan, tak mustahil suatu hari nanti orang Eropah pulak akan pimpin Islam, kalau bangsa lain tak bersedia untuk berjihad dan berkorban.
Kisah pengorbanan orang dulu, patut kita renung supaya boleh jadi inspirasi untuk kita. Imam Hassan Al Banna pernah cerita, ada seorang petani ahli Ikhwan daftar nama untuk jadi sukarelawan perang palestin dan Perang Terusan Suez, bukan setakat daftar diri untuk jadi pejuang, dia jual pulak kerbau dia, untuk buat modal beli senjata. Kerbau ini nisbah untuk seorang petani, serupa modal untuk seorang peniaga. Hassan Al Banna nasihat kepada dia. “Wahai saudara, cukuplah saudara berkorban dengan nyawa dan tinggalkanlah kerbau untuk kegunaan keluarga kamu.” Petani ini menjawab; “Bukankah Allah nak beli daripada kita nyawa dengan harta sekaligus, dan tuhan janji nak beri syurga, bukan Allah nak beli suku-suku.”
Dia baca ayat Allah;
“Sesungguhnya Allah telah beli dari orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta mereka dan Allah akan bayar dengan syurga.” At taubah 111

Ulasan