Guwahati, ASSAM – Program korban dan misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia sempena Eidul Adha di wilayah Assam Timur Laut India mendapat sokongan badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil pemerintah Wilayah Assam.
Mewakili NGO India, Human Welfare Foundataion (HWF) Abdul Salam Abdullah berkata, beliau berbesar hati apabila diberitahu oleh Presiden Yayasan Amal, Haji Husin Ismail bahawa pihak Yayasan Amal akan mengadakan program di India.
“saya berasa gembira dengan kedatangan saudara-saudara saya dari Malaysia yang sudi menyumbangkan khidmat bakti di India khususnya di wilayah Assam,”ujarnya.
Abdul Salam berkata demikian ketika di temui di balai ketibaan, lapangan terbang antarabangsa Guwahati di sini, pada jam 9.50 pagi waktu tempatan.
Turut bersama beliau menyambut ketibaan rombonan misi Yayasan Amal itu adalah Mas’ul Pemuda Pemudi bagi pemerintah Wilayah Assam, Firdaus Ansari.
Firdaus yang mewakili pemerintah wilayah Assam mengucapkan terima kasih atas kesudian Yayasan Amal Malaysia kerana memilih Wilayah Assam sebagai salah satu lokasi misi pada tahun ini.
Menurutnya, tidak ramai penduduk Malaysia yang dating melawat Wilayah Assam dan beliau mengalu-alukan kedatangann rombongan Yayasan Amal.
Sehubungan itu, umat Islam di India akan menyambut hari raya Eidul Adha pada Sabtu 27 Oktober, sehari selepas umat Islam di Malaysia menyambut hari kebesaran Islam itu.
Tinjauan di kampung-kampung majoriti umat Islam sukacita dan membuat pengumuman melalui corong-corong ‘pembesar suara’ masjid berkenaan sambutan hari raya itu.
Di kawasan Goalpara yang terletak kira-kira 200 kilometer dari sini, masjid-masjid besar memaklumkan bahawa solat sunat Eidul Adha akan dimulakan pada jam 9 pagi.
Seorang Mudir sebuah madrasah di kawasan terbabit berkata, sebanyak 15 ekor lembu korban akan disembelih sebaik selesai solat sunat pada pagi Eidul Adha itu.
Sementara itu, anak-anak muda dari kampong-kampung berhampiran mengunjungi ‘markaz penginapan’ Yayasan Amal, melahirkan rasa teruja mereka serta ukhuwwah dan kegembiraan dengan kedatangan saudara seagama itu ke kawasan mereka

Ulasan