Parti Kebajikan India Akan Akan bertanding Dalam Pilihanraya

CHENNAI - Parti Kebajikan India (India Welfare Party) akan meletakkan calon-calonnya dan bertanding di kawasan strategik dalam pilihanraya negara itu pada November ini.

Parti Kebajikan yang dikenali sebagai 'sayap politik' kepada gerakan Islam 'Jamaat-e-Islami' merupakan parti yang baru ditubuhkan beberpa tahun lalu.

Menurut Pengerusi Jamaat-E-Islami Chennai Utara, Mohammad bin Ismail, sasaran kawasan yang akan ditandingi oleh parti itu adalah kawasan yang mempunyai penduduk Islam lebih dari 20%.



Oleh itu, katanya, Chnennai dan wilayah Tamil Nadu tidak menjadi sasaran kerana kawasan tersebut hanya mempunyai 12 peratus penduduk Islam.

"(Bandar) Chennai dan (Wilayah) Tamil Nadu tidak menjadi sasaran, sekurang-kurangnya (jumlah penduduk) 20 peratus orang Islam sesuai untuk parti kebajikan bertanding,"ujarnya ketika di temui.

Menyentuh beberapa wilayah di India yang masih menghadapi krisis perkauman dan agama, Mohammed berkata negeri-negeri selatan India tidak menghadapi masalah hubungan antara kaum dan agama berbanding dengan negeri-negeri di utara.

Beliau berpendapat, ia adalah kerana sikap dan sifat penduduk selatan India yang lebih lemah lembut berbanding mereka yang tinggal di utara India.

"sauya fikir, orang-orang selatan (India) seperti di Kerala, Tamil Nadu dan lain-lain, orang-orangnya lemah lembut dan tidak lekas panas, orang-orang utara mungkin cepat panas dan marah, sebab itu selalu berlaku krisis di utara, berbanding di selatan (India),"jelasnya.

Ulasan