Yayasan Amal Memberikan Khidmat Perubatan kepada Mangsa Kriris Perkaumanan di Wilayah Assam

KLIA, Sepang - Rombongan seramai lapan orang anggota sukarelawan Yayasan Amal Malaysia telah berangkat bagi melaksanakan misi NGO tersebut ke Wilayah Assanm di Timur Laut India.

Presidennya, Haji Hussin Ismail berkata, misi kemanusiaan tersebut adalah merupakan misi ke-12 yang diadakan sempena Eidul Adha dan program korban peringkat antarabangsa.

"Misi Yayasan Amal ke Wilayah Assam adalah misi baru dan loaksi baru ke benua India, sebelum ini kita ke lokasi-lokasi lain, ia adalah misi yang ke-13, InsyaAllah misi kita kali ini terdiri dariapada 8 orang termasuk dua orang doktor,"ujarnya ketika ditemui sejurus sebelum berangkat kira-kira jam 9 pagi di sini pada 25 Oktober.

Menurutnya, selain menjalankan ibadah korban, Yayasan Amal akan terilbat dengan program perubatan dengan kerjasama Human Welfare Foundation India.

Katanya, mereka akan melalukan pemeriksaan perubatan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan krisis perkauman khususnya kepada masyarakat Islam.

Beliau berkata, sehingga kini,  seramai 400,000 orang berada di kem IDP (Internal Dispalced Person).

Oleh itu, beliau mengharapkan misi pada kali berjaya dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan menyertai program korban.

"InsyaAllah mudah-mudahan misi kita ini akan diberi pertolongan oleh Allah, dipermudahkanNya dan diberikan kejayaan.....dan jumlah korban kita setakat ini sudah mencapai 70 ekor,

"walaupun kita mengambil masa yang singkat, dalam masa dua minggu untuk memulakan misi ke Assam, tetapi sensitiviti masyarakat sangat tinggi (memberikan sokongan),"tambahnya.

Turut sama dalam misi tersebut adalah Timbalan Presiden Yayasan Amal Hj Jamuliddin Elias, Prof Dr Hashami Bohari, Nasron Amir, Dr Sulaiman Abdullah En Ramlan Ismail dan Pn Rosemunainah

Ulasan