Rakyat Terengganu Mesti Bersama Arus Perubahan Negara

KUALA TERENGGANU - Rakyat negeri Terengganu diminta bersama-sama dengan arus yang sedang melanda negara dari negeri Perlis hingga ke negeri Johor, yang mahu perubahan pada pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba lari dari kenyataan dengan meminda tarikh pilihanraya dari semasa ke semasa.

Namun katanya, ia tidak boleh diubah lagi kerana penggal pemerintahan sudah sampai ke penghujungnya dan  mana-mana pemerintah tidak boleh lari dan berselindung sekirannya rakyat bangkit membuat perubahan.

"Nak pinda tarikh pilihanraya tak boleh dah, dah sampai penghujungnya, dia (Umno - BN) begitu takut dengan arus perubahan rakyat, bila rakyat bangkit mana-mana pemerintah pun tak boleh lari,

"arus untuk melakukan perubahan begitu kuat, dari Perlis hingga ke Johor, di negeri Terengganu ini terutamanya, rakyat Terengganu kena mengembalikan maruah, kita tengok sekeliling kita terlalu banyak isu-isu dan penyelewengan yang berlaku,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkhatan peringat DUN Batu Burok yang diadakan pada Sabtu, 24 November di Pusat Khidmat DUN di Kuala Ibai. [Lihat Rakaman Video].
Sebelum itu, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai terhadap program tersebut yang menerima pernertaaan paling ramai, hampir 100 orang kanak-kanak pada tahun ini, berbanding tahun-tahun lalu.

Menurutnya, program berkhatan tahunan yang dianjurkan Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Burok adalah khidmat kebajikan dan  bukan satu program berorientasikan keuntungan.

Ulasan