RAMALLAH (Wilayah Palestin): Warga Palestin kelmarin menunjukkan rasa marah terhadap rancangan petempatan rakyat Israel yang menimbulkan kontroversi dan kini telah melepasi adangan pertama.
Warga Palestin memberi amaran projek itu akan mengakhiri sebarang harapan perdamaian antara kedua-dua negara.
Rancangan Israel membina petempatan di sebahagian kawasan Tebing Barat di luar Baitulmakdis, yang dipanggil E1, telah mencetuskan tindak balas diplomatik, dengan para pengamat mengatakan ia mungkin menghapuskan harapan penubuhan negara Palestin yang berdaya maju.
Sedang Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, mengunjungi Prague, sebelum ke Berlin, Kesatuan Eropah meningkatkan tekanan diplomatik dengan memanggil duta Israel berhubung rancangan petempatan itu.
Sejak Isnin lalu, Britain, Perancis, Sepanyol, Australia, Sweden, Denmark, Mesir, Italy, Ireland dan Finland kesemuanya telah mengambil langkah serupa yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dengan melahirkan keprihatinan tentang projek E1 itu.
Menurut para pengamat, projek E1 itu akan mengasingkan masyarakat Arab di Baitulmakdis Timur dan membelah dua Tebing Barat.
"Jika Israel memutuskan mahu mulakan binaan di E1 dan meluluskan semua petempatan di situ, kami anggap ia sebagai keputusan Israel mahu mengakhiri proses damai dan huraian dua negara, yang mengakhiri sebarang peluang rundingan damai pada masa hadapan," kata perunding Palestin, Encik Saeb Erakat.
Kata-kata beliau disampaikan sejurus setelah dua radio utama Israel melaporkan bahawa jawatankuasa perancangan Kementerian Pertahanan Israel telah memberikan lampu hijau bagi rancangan E1 dan ia kini dibuka kepada orang ramai bagi menyatakan bantahan dalam tempoh 60 hari. - AFP.

Ulasan