Israel Guna Senjata Luar Biasa

BANDARAYA GAZA - Ketua Bahagian Kecemasan Hospital al-Shifa Dr Ayman berkata, hospital tersebut telah menerima keseluruhannya seramai 1500 orang yang telah mengalami kemalangan akibat serangan Israel selama 8 hari bermula 14 November lalu.

Menurutnya, dari jumlah itu, seramai 190 telah gugur sebagai syuhada dan yang paling menyedihkan adalah 50 orang daripadanya adalah kanak-kanak.

Beliau mendakwa serangan udara yang dilakukan oleh tentera Israel pada kali menggunakan senjata luar biasa yang meninggalkan kecederaan 'agak ganjil' kepada mangsa.

Menurutnya, ada mangsa yang putus kaki dan putus kepala apabila terkena bom yang ditembak dari udara itu

"tentera Israel menggunakan senjata luar biasa, banyak kecederaan (yang pelik) contohnya mangsa serangan terbakar keseluruhan tubuh,

"ada mangsa yang putus anggota kaki bahagian bawah, tubuh mangsa panas dan melecur luka serta berdarah,"jelasnya. Dr. Ayman berkata demikian ketika memberikan taklimat kepada rombongan Misi Perubatan dan Rehabilitasi Yayasan Amal Malaysia ke Gaza yang melawat hispital tersebut.

Yang paling menyayat hati, kata belia adalah, bagaimana beliau menerima mangsa seorang bayi berumur sebelas bulan yang cedera parah.

"(tuan-tuan) bayangkanlah, pada hari kedua serangan (Israel) saya masih ingat, seorang bayi berumur sebelas bulan dihantar ke sini,

"betapa dahsyatnya serangan Israel (tanpa peri kemanusiaan) dia masih hidup dan bernafas ketika dihantar ke hospital,

"tubuhnya melecur kerana terbakar kesluruhannya, lihatlah........,"katanya sambil menunjukkan klip video yang sempat di rakamnya melalui telefon bimbitnya.

Oleh itu, beliau tidak melihat kebenaran pihak Israel yang mendakwa, serangan udara yang dilakukan pada kali ini adalah disasarkan kepada anggota Hamas, khususnya pasukan Briged al-Qassam yang didakwa melancarkan roket ke bandar-bandar Israel

Ulasan