Palestin dan Warga Gaza Yakin Rakyat Mesir Menyokong 'Referundum'

BANDARAYA GAZA - Rakyat Palestin khususnya warga Gaza ingin melihat negara jiran mereka Mesir dapat meneruskan kestabilan pemerintahan di bawah Presiden barunya, Muhammad Morsi, walaupun mengambil bersikap tidak mahu campur tangan dalam krisis yang melanda Mesir sekarang.

Menurut Kementerian Luar Palestin di Gaza menyifatkan rakyat dan pemerintah Mesir adalah saudara bagi warga Palestn dan Gaza.

"kita tidak campurtangan isu dalaman Mesir,  sebab orang-orang Mesir adalah saudara-saudara kami dan Mesir adalah negara yang besar dan penting bagi Palestin,

"andainya Mesir stabil dan kuat, Palestin juga akan menjadi stabil dan kuat kerana Mesir adalah wilayah strategik yang dapat membantu Palestin, samada dalam aspek politik dan ketenteraan,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Harakah, selepas menerima kunjungan rombongan Misi Perubatan dan Rehabilitsai Yayasan Amal Malaysia di pejabatnya, di Gaza, pada Selasa 18 Disember.

Beliau berharap, rakyat Palestin dapat melepasi dugaan 'krisis' yang sedang melanda dan mencapai kata sepakat dan hidup bersama secara harmoni.

"Selepas 50 tahun dibawah pemerintahan diktator dan selepas revolusi, adalah menjadi kebiasaan adanya pergerakan (pembaharuan) di sana sini, dan saya yakin mereka akan berjaya mengatasi krisis yang sedang melanda,"tegasnya.

Menurutnya, semasa era pemerintahan Hosni Mubarak, Palestin dan warga Gaza turut mengalami penderitaan termasuk penutupan sempadan dan sekatan yang dilakukannya menyebabkan penduduk Gaza tidak dapat bergerak bebas.

Beliau berkata perubahan besar berlaku kepada dasar luar Mesir yang tidak pernah terjadi sebelum ini semasa pemerintahan Hosni Mubarak.

"saya rasa sekarang (dasar luar) Mesir berubah sepenuhnya, (pemerintah Mesir) meletakkan kebersamaan dan rasa kebangsaan terhadap warga Palestin (dan) kami mudah bertemu dengan kepimpinan Mesir,

"(mudah) untuk berjumpa Morsi tetapi tidak (mudah berjumpa pemimpin Mesir) pada masa lalu, ia (jelas) lebih baik masak kini berbanding sebelum ini"jelasnya.

Beliau menegaskan, warga Gaza dan rakyat Palestin mendapat 'limpahan kebaikan' sekiranya politik negara Mesir aman dan tenang kelak.

Juteru itu, beliau optimis, rakyat Mesir akan menyokong pemilihan 'referundum' perlembagaan Mesir dan ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pengundian 'referundum' pusingan pertama telah dilaksanakan pada 15 Disember lalu dan pengumuman rasmi keputusannya hanya akan diumumkan selepas pusingan kedua yang akan berlangsung pada 22 Disember ini.

Pada pusingan pertama, Parti Keadilan dan Kebebasan, sayap politik Ikhwanul Muslimin Mesir mendakwa mereka memperolehi keseluruhan undi sebanyak 56.5 peratus menyokong referumdum, berbanding 43.5 peratus yang tidak bersetuju.

Rakyat Mesir dalam 17 wilayah yang berbaki daripada keselurah 27 wilayah, akan menentukan pendirian meraka samada menyokong atau menolak perlembagaan baru Mesir, setelah majoriti 10 wilayah wilayah mengatakan 'ya' kepada perlembagaan baru.


Ulasan