Parlimen Palestin Berikrar Akan Teruskan Mempertahankan Bumi Palestin

BANDARAYA GAZA - Parlimen Palestin (Palestine Legislative Council) berikrar akan terus bersama Islam, mempertahankan bumi Palestin walaupun berterusan mendapat tekanan dan kepungan dari regim Israel.

Yang Dipertua (Speaker) Parlimen, Dr Ahmad Bahar menegaskan, walau apa sekali pun rintangan yang dihadapi, rakyat Palestin yakin, akhirnya pertolongan Allah akan tiba dan Islam diberi kemenanngan oleh Allah SWT.

"bagi pihak parlimen dan pemerintah Palestin, kami memberikan (kamu) satu keyakinan bahawa rakyat Pelestin akan terus tetap bersama-sama dengan (perjuangan) Islam,

"bersama-sama mempertahankan negara Palestin walaupun dalam kepungan dan halangan yang dilakukan oleh regim Israel, rakyat Palestin yakin, akhirnya pertolongan Allah akan tiba,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mengalu-alukan rombongan Misi Perubatan dan rehabilitasi Yayasan Amal Malaysia, yang berkunjung ke parlimen Palestin, di sini pada Rabu, 19 Disember.

Menurutnya, rakyat Palestin juga yakin, sebaagaimana firman Allah dalam al-Quran, betapa banyak golongan yang sedikit mengalahkan kumpulan yang ramai, dengan iizn Allah.

Oleh itu, beliau menyeru semua umat Islam agar dapat bersama-sama dengan perjuangan rakyat Palestin sehinggalah Palestin dibebaskan sepenuhnya dari cengkaman Israel.

"semoga kita semua (terus) bersama-sama dengan Islam dan bersama-sama dengan umat Palestin, sehingga Palestin dibebaskan sepenuhnya (dari penjajahan Israel),"jelasnya.

Ulasan