PRU13; Jika Tidak Berubah Negara Akan Parah

Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang politik sosial dan ekonomi, wajib merubah kerajaan di dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang kerana BN sudah tidak mampu untuk mengurus negara dan rakyat.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, terbaru Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 yang meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China.

"Perkara ini dilaporkan oleh Badan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington. Mungkin pemimpin BN akan kata ini adalah agenda Yahudi hendak memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media semalam 21 Disember.

Beliau berkata, satu ketika dahulu rekod Altantuya yang masuk ke negara ini  hilang daripada Imigresen dan sampai sekarang rakyat tertunggu mengenai wang RM40 juta yang melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah Michael Chia.

Katanya, rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Jikalau enjin yang besar pun boleh hilang apalah sangat wang yang boleh dilipat tidak boleh  hilang,"tegasnya

Menurutnya, masalah rasuah tidak ditangani dengan serius di bawah kepimpinan Najib, sehingga beliau tidak bersedia untuk menyambut Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak sembilan tahun lalu.

Selain itu, katanya, hutang negara semakin meningkat, tahun 2004 hutang  RM242 bilion kepada RM363 bilion pada tahun 2009 dan RM456 bilion pada 2011.

"Untuk 2012, telah diunjurkan bahawa hutang kerajaan akan mencecah RM502 bilion. Menunjukkan peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun lalu,"jelas beliau

Fenomena di atas jika rakyat tidak ubah negara akan parah. Telahan Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan tahun 2019 bangkrap ada asasnya. Oleh itu rakyat wajib ubah demi kesejahteraan negara.

Ulasan