KUALA NERUS - Timbalan Exco Agama kerajaan Umno dan Barisan Nasional negeri Terengganu YB Ramli Nuh gagal menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Cawangan PAS Bukit Berangan, Haji Awang Yaakub.
Pada 11 Disember lalau, Haji Aang yang dikenali sebagai 'Pak Zar' telah menyoal Ramli Nuh secara langsung ketika Ramli Nuh sedang berucap pada satu Majlis pemberian baucer 'Wang Ehsan' di kampung terbabit.
Menurut Pak Zar, beliau terpanggil untuk mmengemukakan soalan mengenai kezaliman Umno apabila dicabar secara terbuka oleh ADUN Tepoh terbabit.
"saya bukan mahu mengganggu majlis itu, tapi dia cabar dalam ceramahnya dua tiga kali, mana orang PAS? Tolong beri tahu di mana zalimnya Umno, jadi saya pergi tanya,"kata Pak Zar.
Katanya Ramli Nuh bukan sahaja melontarkan cabaran bahkan membuat pelbagai tohmahan serta tuduhan yang tidak benar.
Antaranya, kata Pak Zar, Ramli Nuh menuduh PAS hanya berkata mahu melaksanakan Islam tetapi berkawan dengan orang-orang bukan Islam yang tidak mahu Islam.
Selain itu, menurut Pak Zar, Ramli Nuh juga berkata PAS kini menjadi 'keldai tunggangan' DAP dalam pemuafakatan Pakatan Rakyat.
Oleh itu, kata Pak Zar, beliau bertanya dan meminta penjelasan Ramli Nuh tentang dengan ayat al-Quran yang menegaskan, barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, mereka adalah orang-orang yang zalim.
Namun, bukan sahaja tidak ada jawapan yang diberikan oleh Ramli Nuh berkenaan persoalan tersebut, bahkan, menurut Pak Zar, Ramli Nuh melencong kepada perkara-perkara lain.
Dengar dan lihat penjelasan Pak Zar

Ulasan