BANDARAYA GAZA - Yayasan Amal Malaysia (Yayasan Amal) ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Palestin mengendalikan sebuah pusat kesihatan yang terletak di Timur semenanjung Gaza berhampiran khemah pelarian Khan Younis dan pintu Rafah.
Menteri Kesihatan Palestin, Dr. Mofed M. Mokhallati menyampaikan hasrat warga Gaza dan penduduk Palestin itu kepada
Ketua Delegasi Yayasan Amal Dr. Suhazeli Abdullah, yang sedang berada di wilayah tersebut dalam Misi Perubatan dan Rehabilitasi.
"Kami menawarkan kepada kamu (Yayasan Amal) untuk mengendalikan sebuah pusat kesihatan samada bersaiz kecil, besar atau yang lebih dari itu disebuah lokasi di Timur,
"dekat dengan Khan Younis dan hampir dengan pintu masuk ke Gaza, Rafah,"ujarnya.
Dr. Mofed berkata demikian dalam satu kunjungan rasmi rombongan Yayasan Amal ke Kementerian Kesihatan Pihak Berkuasa Palestin, dibandaraya ini pada Selasa 18 Disember.
Sebelum itu, Dr. Suhazeli dalam ucapannya membentangkan maksud Misi Yayasan Amal ke Gaza pada kali ini.
Menurutnya, robongan pertama Misi itu adalah bertujuan untuk meninjau bagi memohon sebuah tapak tanah atau bangunan yang boleh dibangunkan menjadi sebuah bengkel pengeluaran anggota palsu (prostesis) dalam rangka Yayasan Amal memberikan khidmat membantu rakyat Palestin.
"Kami dari Yayasan Amal berhasrat untuk membangunkan sebuah bengkel bagi membuat tangan dan kaki palsu untuk membantu saudara-saudara di Gaza,
"(sebelum ini) kami telah memberi bantuan dan melatih enam orang pemuda Palestin dari Gaza menjalani kursus latihan selama enam bulan dalam pembuatan anggota palsu itu,"jelasnya.
Sehubungan itu, Dr. Mofed mengalu-alukan dan menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Yayasan Amal.
Beliau berkata, usaha yang diketengahkan oleh Yayasan Amal merupakan usaha yang murni bagi membantu Palestin dan seluruh rakyatnya.
Walau pun begitu, katanya, pihak berkuasa Palestin boleh menyediakan kemudahan sebagaimana cadangan yang dimajukan oleh Yayasan Amal tetapi, tidak dapat menyediakan perbelanjaan bagi membiayai projek tersebut.
Beliau menegaskan, ia adalah penting supaya, sebarang bantuan yang disalurkan dapat diselaraskan sehingga ianya berjaya direalisasikan.
Menurutnya, pihak kementeriannya telah belajar dari beberapa kesilapan masa lampau yang menerima cadangan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bercadang untuk membina sebuah hospital di Gaza.
Malangnya, kata beliau, dana yang disalurkan oleh NGO terbabit terlalu sedikit untuk membiayai suatu projek yang disifatkannya sebagai projek yang agak besar.
Oleh itu, akhirnya, kata beliau, sehingga kini projek pembinan hospital tersebut tidak dapat diteruskan kerana kekurangan dana.
Justeru, beliau meminta satu perjumpaan dan perbincangan lanjut diadakan di antara Yayasan Amal dengan para pegawai dari
Kementerian Kesihatan supaya rancangan gerak kerja cadangan Yayasan Amal dapat diperhalusi.
Dr. Mofed turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yayasan Amaal kerana memberi sumbangan ubat-ubatan bernilai RM50,000 yang telah diterima pihaknya.

Ulasan