Apa Lagi Yang Umno-BN Tak Buat?

Dalam sejarah 55 tahun kemerdekaan dan selama itulah parti Umno mencengkam kuasa di negara ini, apa lagi tindakan yang Umno tak lakukan terhadap musuh politiknya, demi untuk mengekalkan kuasa, dan menggunakan kuasa untuk mengaut kekayaan negara!

Adakah segala-galanya 'halal' sebagaimana motonya demi untuk agama, bangsa dan negara? dan adakah rakyat akan terus meredhakan tindakan Umno itu sebagaimana slogannya dulu, kini dan selamanya?

Penuh 'hipokrit' dan kemunafikan, ramai para pengikut Umno yang jahil termasuk cerdik pandai di menara-menara gading yang bergelar professor akan berkata 'demi maruah bangsa'......Takkan Melayu Hilang Di Dunia!

Maka, tidak mengapa kalau di depan khalayak, pemimpin sehebat Hishamuddin Hussein berani membawa senjata merbahaya yang dihalalkan dalam perhimpunan agung Umno, menghunus keris dan mengangkat senjata tajam, yang sepatutnya sabit kesalahan!


Namun.......demi maruah bangsa....Takkan Melayu Hilang Di Dunia, melambangkan tidak apa, kalau pemimpin Umno yang lakukan, semuanya adalah untuk negara, hatta merompak dan menyamun juga, adalah 'demi negara yang tercinta'.

Sang Professor yang mungkin ada dalam himpunan umat Melayu itu kononnya, pun 'terloroh'lah segala intelektualisme, hilang nilai akal budi, hilang nilai baik dan buruk, membenarkan tujahan keris ke langit ditangan Hishamuddin itu, dengan semangat Melayu......terpacul dari mulut Sang Professor, hidup melayu....hidup melayu.....hidup melayu!

Berbuih-buih mempertahankan aksi bersifat ganas, dan tidak seorang pun menyuarakan dan melabelkan aksi Hishamuddin adalah berbaur 'teroris'.

Hilang dan matilah semua bangsa-bangsa lain!

Hilang dan matilah agama yang dijunjung, tidak ada Allah yang Maha Besar, hanya hiduplah Melayu!

Membunuh jiwa pun telah dihalalkan, demi untuk negara, dan dicipta rekayasa untuk menyumbat segala adu domba ke dalam pemikiran rakyat jelata, mereka itu adalah pelampau agama, fundamentalis, fanatik.

Lalu diserang dengan 'batalion' polis dari darat dan udara, digunakan segala kelengkapan senjata yang dibeli dengan wang cukai rakyat, meghamburkan ribuan peluru, untuk membunuh seorang manusia yang bernama Ustaz Ibrahim Libya.

Tanpa bicara, tanpa sehelai kertas ke muka pengadilan, dan sehingga kini, anak, isteri dan cucu-cucu akan digelar sebagai, anak, isteri dan cucu-cucu kepada pemberontak negara.

Adilkah kerajaan Umno dan Barisan Nasional?

Membunuh karektor pun sudah dilakukan, halal demi untuk negara, dan dicipta rekayasa menggunakan segala jentera, penipuan media dan adu domba, menuduh, dia itulah seorang yang 'kotor'.....dia itu seorang 'peliwat'.

Sanggup, profesionalisme kepolisian, anggota yang gagah berotot, tanpa segan dan silu, mengusung 'tilam' ke sana ke mari, semuanya atas arahan pemimpin atasan........atasan........atasan.....siapa?

Lalu masih ada saki baki, manusia-manusia yang 'berani kerana benar' melawan fitnah itu, dan terbukti dengan sistem keadilan dan mahkamah, Anwar Ibrahim tidak bersalah.

Namun, demi untuk agama, bangsa dan negara, diulang-ulang, dicetak-cetak, diedar-edar, cerita disebalik tabir kehidupan, bagi membunuh musuh-musuh politik Umno dan Barisan Nasional.

Diulang-ulang, sodomi itu hingga bahagian kedua, umpama filem Hollywood, dan memang nyata, terbukti sekarang, ramai yang pakar dalam pembikinan filem lucah bukan satu, bukan dua, bukan tiga.

Apa lagi yang Umno dan Barisan Nasional tidak lakukan......membunuh jiwa sudah, membunuh karektor pun sudah!

Bermain kotor sudah, bermain 'lendir' pun sudah!

Ulasan