Ariffin Selesai Jelajah 'Pusingan Pertama', Hilmi Sudah Jelajah Tiga Masjid

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/ariffind1.jpgKUALA TERENGGANU - Calon-calon 'segar' PAS yang baru pertama kali bertanding tidak merasa letih walau pun sudah lebih 48 jam berkempen dalam pilihanraya umum kali ke-13 yang sedang berlangsung kini.

Antaranya, calon PAS bagi Dun Alor Limbat, Ariffin Deraman yang juga dikenali sebagai 'Utaz Ripin' dikalangan rakan-rakan, ahli-ahli dan penyokong PAS.



Beliau berkata jadual kempen bermula awal sejak selepas subuh dan hanya pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi dan sehingga kini, beliau telah pun menghabiskan pusingan pertama jelajah Dun Alor Limbat

"mula turun (kempen) selepas subuh, bejalan menziarahi kedai-kedai, rumah-rumah penduduk dan markaz serta pos-pos PAS, balik sekiar jam 2 atau 3 pagi,

"sehingga kini, sebab saya dah mula awal selepas isytihar (18 April), jadi pusingan pertama jelajah Alor Limbat telah selesai, semua markaz dan pos PAS telah dilawati,"ujanrnya dengan suara yang sedikit 'serak'.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/ariffind.jpgSelepas ini, katanya, beliau akan mula masuk ke menziarahi pos-pos dan markaz-markaz Umno dan Barisan Nasional serta ke umah-rumah semua pengundi yang akan di atur oleh jentera kempen Dun Alor Limbat.

Bercakap tentang peluang untuk menang, beliau yakin InsyaAllah dengan berlakunya pertandingan tiga penjuru santara PAS, BN dan Bebas, peluang untuk menang bertambah baik.

"kehadiran ahli Umno Jaafar Jambol sebagai calon bebas yang mempunyai motif yang sama dengan PAS, untuk menewaskan calon BN Alias Abdullah........ia akan memberikan kelebihan kepada kita (PAS), InsyaAllah,"katanya yakin.

Perkembangan kempen Ariffin boleh diikuti melalui laman sosialnya https://www.facebook.com/ariffin.deraman dan https://www.facebook.com/N.017AlurLimbat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/hilmi%20harun2.jpgSementara itu, calon PAS bagi Dun Manir, Hilmi Harun berkata, secara fizikal lawannya, Yusof Awang Hitam dari Barisan Nasional dilihat kuat kerana banyak simbol dan bendera serta kemudahan yang dibantu dengan jentera kerajaan.

Sebaliknya, kata beliau, sudah ramai dikalangan penyokong BN  yang memberikan pengakuan akan 'ubah' dan mengundi PAS pada pilihanraya kali ini.

"saya terkejut, bila pergi ziarah ke kedai-kedai makan pagi ini, tiba-tiba ada seoranng yang memang dikenali sebagai ahli Umno bangun dan marah kepada Yusof (Awang Hitam) dan akan berikan undi kepada PAS,

"saya tak tahu samada ia 'saraf' BN atau tidak, tapi ahli Umno itu nampak bersungguh-sungguh,"ujarnya.

Menurutnya jadual kempen beliau sudah berjalan dengan baik pada hari ini dan sudah tiga buah masjid yang diziarahi oleh beliau sejak petang semalam.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/hilmi%20harun3.jpg"sudah tiga masjid (kerajaan) yang dah pergi ziarah, selain kedai-kedai makan dan markaz-markaz PAS, setiap malam saya pusing bagi kuliah dan tazkirah disemua surau-surau dan markaz,"ujar beliau.

Hilmi adalah anak kepada penyandang bagi Dun Manir yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Datuk Harun Taib.

Beliau memiliki kelulusan akademik sehingga peringkat 'master' dan sedang menyiapkan 'tesis' ijazah kedoktorannya.

Beliau dipanggil pulang sejak setahun lalu, atas permintaan orang ramai, dan kemudian dipilih menjadi calon melalui pemilihan yang dibuat diperingkat cawangan-cawangan PAS dalam Dun Manir.

Perkembangan kempen Hilmi boleh diikuti melalui laman sosialnya https://www.facebook.com/hilmi.harun.9

Ulasan