BN Perguna Jabatan Kesihatan Kempen PRU-13

KUALA TERENGGANU - Pengarah Kesihatan negeri Terengganu telah menggunakan jawatan beliau untuk berkempen dan perkenalkan calon BN kepada kakitangan jabatan jesihatan di majlis rasmi hospital.

Kempen politik itu berselindung di sebalik Majlis dialog bersama ahli lembaga pelawat hospital Jerteh hari ni, Selasa pada jam 10 pagi tadi.

Walaupun Pengarah tidak hadir, Timbalan Pengarah Dr Mohammad Omar hadir mewakili Pengarah menunjukkan persetujuan jabatan itu dipeergunakan oleh kempen plitik Umno-BN.

Perkara yang sama dibuat di Klinik kesihatan Kuala berang kelmarin.  Dr Anwa yang baru dikuniakan gelaran Dato' telah memperkenalkan calon parlimen BN di Klinik Kesihatan Kuala Berang dengan program dibuat atas nama Panel Penasihat, dimana semua AJK Panel Panasihat adalah AJK Umno.

Semua majlis ini jelas menunjukkankebenaran dakwaan Umno-BN menggunakan jentera kerajaan dan mencabuli prinsip demokrasi yang telus dan adil. 

Ulasan