Calon PAS DUN Kota Putera Mempunyai Potensi Kemenangan dan Memenuhi Keperluan 'Winnable Candidate'

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/5%20calon%20Besuta.jpgBESUT - PAS Besut melaksanakan keputusan perisytiharan calon yang dibuat oleh Presidennya Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan meneruskan pencalonan Ustaz Adam Md Said sebagai calon bagi DUN Kota Putera.

Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, keputusan mesyuarat peringkat kawasan tersebut pada Rabu malam memutuskan untuk perkara tersebut.

"Keputusan Mesyuarat kita terus (melaksanakan) perisytiharan (calon) yang dibuat oleh Tok Guru Presiden (PAS) dan InsyaAllah, majlis (penamaan calon) akan berjalan seperti yang dirancang,"ujarnya ketika di temui di pejabat PAS Kawasan Besut selepas mesyuarat tersebut.

Beliau berkata, isunya adalah bagaimana PAS dan Pakatan Rakyat menjayakan hasrat untuk mencapai kemenangan samada untuk menawan Putrajaya atau pun mengambil alih pentadbiran di Wisma Darul Iman.

Katanya, semua unsur-unsur kemenangan dan potensi kemenangan yang ada perlu dimanfaatkan dan dilihat serta dijadikan asas untuk gerakan untuk mencapai matlamat tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/pencalonan%20Besuta.jpgOleh itu, kata beliau, calon PAS yang bertanding di Kota Putera memenuhi keperluan 'winnable candidate' (calon yang boleh menang) berdasarkan data, rekod dan gerak kerja yang dilakukan di DUN tersebut.

"(DUN) Kota Putera........pada (bagi) kita jelas berasaskan kepada data, berdasarkan kepada rekod dan berdasarkan kepada gerak kerja yang berlaku di peringkat Kota Putera, kita yakin 'winnable candidate' itu ada pada kita (calon PAS) dan ini harus dikongsi sebagai tindakan bersama di peringkat Pakatan Rakyat.

"InsyaAllah, dari sudut keyakinan kita dan keyakinan masyarakat, kita (PAS) mempunyai peluang yang terbaik untuk menghantar wakil bagi pihak DUN Kota Putera itu dari kalangan Pakatan Rakyat,"jelasnya. [Lihat Video]
Beliau menegaskan, pertembungan tidaklah berlaku diantara sesama parti dalam Pakatan Rakyat, tetapi pertembungan sebenarnya adalah diantara Pakatan Rakyat dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Justeru menurutnya, rakyat yang menjadi pengundi boleh menilai di mana potensi kemenangan itu wujud, berasaskan kepada gerak kerja dan pengaruh yang ada disatu-satu peringkat itu.

"saya jelaskan sekali lagi bahawa penyertaan kita di situ (DUN Kota Putera) adalah untuk mepastikan Umn dan Barisan Nasional (BN) tidak (lagi) mewakili masayarakat (DUN) Kota Putera pada pilihanraya kali ini,

"InsyaAllah, kita akan terus menjayakan hasrat tersebut, bukan setakat (sekiranya berlaku pertembungan) tiga penjuru.....kalau empat penjuru pun PAS akan terus untuk bersama-sama berkongsi usaha untuk menjatuhkan Barisan Nasional,"tegasnya.

Ulasan