Calon PAS Hulu Terengganu Turuti Jejak Presiden, Sedia Menjadi 'Khadam' Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/albasungi.jpgHULU TERENGGANU - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, beliau sedia menjadi 'khadam' rakyat untuk memajukan Islam dan membangunkan kawasan Hulu Terengganu menurut acuan Islam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan tersebut berkata, beliau telah diamanahkan oleh PAS untuk bertanding di kawasan P.038 Parlimen Hulu Terengganu dan menyeru seluruh warga hulu Terengganu untuk bersama mengubah lanskap politik negara.

"Saya diamanahkan oleh PAS untuk bertanding di P.038 Parlimen Hulu Terengganu merayu kepada seluruh warga Hulu Terengganu untuk bersama arus perubahan ini untuk membawa lanskap politik yang baru kepada negara dan menolak segala bentuk elemen yang merugikan negara,"ujarnya. [Lihat Video]



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ceramah sempena lawatan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Hulu Terengganu yang diadakan di bandar Kuala Berang, di sini semalam, Selasa 23 April.

Beliau berkata, sekiranya diberikan kepercayaan oleh para pengundi, beliau bersedia untuk membela nasib warga Hulu Terenggau sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah WT.

"Pertamanya......saya akan menjadi khadam kepada mereka (rakyat Hulu Terengganu) untuk sama-sama memajukan agama Allah SWT dan juga membela nasib mereka mengikut 'acuan' yang telah diperintahkan oleh Allah,

"tidak (di)lupakan juga kepada habuan keduniaan yang dituntut juga oleh Islam,"jelasnya.

Ulasan