Kempen Bermotosikal Dr.Azman Ibrahim di Dun Jabi

SETIU - Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Jabi meneruskan jelajah rumah ke rumah menemui seberapa ramai pengundi dalam dalam kempen pilihanraya umum kali ke-13 yang sedang rancak berlangsung sekarang.

Calon PAS bagi N.05 Dun Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, beliau memilih kaedah bermotosikal untuk menemui penduduk kampung di kawasan mengundi (Unit Peti Undi - UPU) di seluruh Dun Jabi.

Menurutnya, ia lebih menjimatkan masa memadangkan jarak di antara satu rumah ke rumah yang lain di kawasan tersebut agak jauh.

"Kempen (PRU-13) diteruskan dengan menelusuri UPU (Unit Peti Undi) Tanah Merah, (saya memilih kaedah kempen) bermotosikal mendekati seberapa ramai pengundi,

"(memandangkan) aktviti (kempen) harian yang padat, bermula jam 5 pagi dan vberakhir menjelang 2 pagi keesokkannya,"ujar beliau menghantar pesanan ringkas kepada Buletinonline.

Menurutnya, di tiap-tiap lokasi atau daerah mengudi, jadual kempen harian dimulakan dengan solat  tahajjud, solat subuh dan diikuti dengan kuliah subuh.

Selepas menunaikan tanggungjawab 'menghadap' Allah, katanya, beliau akan minum pagi di dua buah kedai kopi terpilih menjadi lokasi untuk bertemu pengundi pada setiap pagi.

"ia disusuli dengan program ziarah, solat berjamaah setiap waktu di surau dan masjid berdekatan, minum petang, dan kuliah maghrib, di sambung dengan ceramah gempur, lawatan ke pos-pos dan markaz pada lewat malam untuk bertemu petugas dan jentera,

"aktiviti kempen akan berakhir dengan mesyuarat pengurusan calon menjelang jam 2 pagi setiap hari,"jelasnya.

Dr.Azman yang juga Ahli Jawatakuasa badan Perhubungan PAS negeri Terengganu di tentang oleh calon Barisan Nasional Mohd Iskandar Jaafar, 38, pendatang baru menggantikan bekas Adun, Ramlan Ali yang dilaporkan 'bermasalah'.

Dun Jabi adalah antara kerusi yang 'panas' dalam negeri Terengganu keana pada pilihanraya umum ke-12, Dr. Azman bersaing sengit dengan Ramlan Ali, yang menang hanya mendapat kelebihan sebanyak 804 undi.

N.05 Dun Jabi mempunyai seamai 16,787 pengundi dengan pecahan kaum, Melayu 99.18%, Cina 0.54%, India 0.03% dan lain-lain kaum 0.24%.

Ulasan