MB Terengganu Beli Stesyen Radio RM7.5 juta Saja-saja?

KUALA TERENGGANU - Pernah atau tidak kita semua mendengar siaran radio Manis FM, yang dipancarkan dari bangunan Epic di hadapan Wisma Darul Iman di Jalan Pejabat dekat sini

Bekas Pegawau Kewangan Kerajaan negeri Terengganu Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, mempersoalkan tindakan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad said membeli radio tersebut dengan harga RM7.5 juta.
Menurutnya, ia adalah satu tindakan membelanjakan wang rakyat secara tidak berhemah dan satu tindakan yang sia-sia.



"Ada tak tuan-tuan puan-puan pernah dengar Manis FM? Manis FM ini siarannya terhad di Kelantan,Terengganu dan sedikit di Pahang. Tetapi kerajaan negeri Terengganu (dan Menteri Besarnya) Mat Said telah membeli stesen radio ini dengan harga RM 7.5 juta!

"Saja-saja beli stesen radio sedangkan stesen radio Terengganu (FM) sudah cukup untuk mereka. Beli lagi, wang siapa wang kita..........! Saudara-saudara mungkin masih ingat tentang moonson cup yang berlaku setiap tahun?,"soal Dato' Tengkua Hassan yang juga calon PAS bagi Dun Ladang untuk pilihanraya umum ke-13 ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam kempen PRU-13 di Baru Burok dekat sini kelmarin, Jumaat 19 April. [Liat Video]

Beliau mendakwa kerajaan membazirkan wang rakyat dengan menggali muara sungai Terengganu, sematamata untuk menganjurkan sukan perahu layar piala monsun yang juga tidak membawa faedah kepada rakyat.

"Tahu tak tuan puan,untuk mengadakan 'Moonson Cup' mereka terpaksa menggali untuk buat sungai dan untuk itu saja mereka berbelanja RM70 juta dan peringkat awalnya, setiap tahun mereka bekalkan RM300 juta menganjurkan Moonson Cup setiap tahun.........Itu (pembaziran) yang berlaku,"jelasnya.

Katanya, banyak lagi perkara yang melibatkan penyelewengan dan pembaziran yang telah dilakukakan oleh Umn-BN Terengganu sejak merampas pemerintahan daripada PAS pada tahun 2004.

Beliau berkata, kerajaan negeri Terengganu telah membelanjakan wang yang banyak tapi tidak sampai kepada matlamat untuk membina kesejahteraan rakyat.

"Jadi sampai masanya, sudah sampai masa, 'ini kali lah' untuk kita berubah Insyaallah........"tambahnya

Ulasan