KEMAMAN - Seorang warga Tionghua, John Gan dari bandar Chukai dekat sini yakin, 90 peratus daripada masyarakat Tionghua bandar tersebut akan membuat perubahan, beralih dari menyokong MCA dan Barisan Nasional (BN) kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya umum ada kali ini.
"cina (kaum Tionghua) Chukai 90 peratuslah (menyokong PAS dan PR) saya yakin 90 peratus orang cina Chukai akan sokong PR,"tegasnya ketika ditemui dalam majlis Kesyukuran anjuran Majlis Tindakan PAS DUN Chukai, di Chukai pada Jumaat 26 April.
Menurutnya, berhari-hari sejak hari penamaan calon, beliau telah mengikuti calon PAS bagi DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat menjalankan aktiviti kempen menziarahi rumah-rumah warga Tionghua.
Katanya, semua maklum balas yang diterima dari setiap rumah warga Tionghua dalam jelajah kempen tersebut adalah baik.
Apabila ditanya, apakah faktor yang menyebabkan kaum Tionghua berubah dengan begitu banyak, beliau berkata, rasuah dan penyelewengan MCA dan Barsan Nasional tidak boleh disembunyikan lagi dari pengetahuan rakyat.
"Ooooooo....dia orang sekarang semua dah tahu dah..........tengok internet........tengok you-tube........tengok facebook semua dah tahu kerajaan lama (BN) korup (rasuah dan penyelewengan)....korup.....korup....itu sahaja,"jelasnya. [Lihat Video]
Selain itu katanya, MCA tidak boleh diharapkan lagi kerana sudah tidak boleh bekerja akibat 'dicucuk hidung' yang terpaksa mengikut telunjuk pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Ulasan