'Mencorak Harapan'; Hishamuddin Mahu Sempurnakan Aspirasi Anak Muda

KUALA NERUS - Calon PAS N.09 Dun Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim akan memperjuangkan aspirasi anak muda dan harapan untuk seluruh dalam masyarakat yang pelbagai, sekiranya beliau diberi mandat dan mewakili warga Dun Tepoh pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau meletakkan 'tag-line' "Mencorak Harapan Rakyat" dalam kempennya sebagai menyambut slogan Pakatan Harapan Rakyat yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat.



"Kita menyambut (usaha) Pakatan Rakyat apabila ditonjolkan slogan Pakatan Harapan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 dan memang sekarang ini politik anak muda adalah politik harapan,

"sebab itu saya ambil satu tindakan (meletakkan) 'tag-line' untuk kempen (dan) saya perkenalkan dengan nama 'Mencorak Harapan' untuk seluruh rakyat di Dun Tepoh,"ujarnya ketika ditemui selepas ceramah di Kampung Pengkalan Maras, lewat malam Rabu 25 April.

Bagi menggarap tema itu, menurutnya, beliau akan memperjelaskan perincian manifesto PAS Terengganu yang telah ditawarkan kepada seluruh rakyat.

"kita sudah ada manifesto yang telah dibuat oleh pihak kepimpinan PAS negeri Terengganu dan keseluruhan manifesto tersebut kita kira sebagai suatu harapan baru yang boleh dikemukakan kepada rakyat,

"InsyaAllah, saya sendiri mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan berusaha untuk menyempurnakan aspirasi anak-anak muda khusus melalui tawaran manifesto (itu) dan melalui tawaran Pakatan Rakyat di peringkat nasional,"jelasnya [Lihat Vieo]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Hishamuddin%20Karim%203.jpgHishamuddin adalah anak jati Dun Tepoh, berasal dari Kampung Mengabang Telipot, yang menamatkan pengajian di peringkat ijazah Pengajian Syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Tidak cukup engan segulung ijazah itu, beliau meneruskan perantau menimba ilmu di negara Syria, di perigkat Ijazah Lanjutan.

"kemudian saya pergi ke syria melanjutkan pekajaran diperingkat Ijazah Lanjutan. Pada waktu tu pengajian saya di Beirut (Lubnan) tapi saya berada di Syria di Damsyik,

"masa itulah saya berkenalan dengan al-marhum Prof. Dr. Muhammad Said ramadhan al-Buti, Dr. Wahbah al-Suhaily dan beberapa tokoh ulamak di negara Syria,"ujarnya menceritakan pengalamannya.

Setelah tamat pengajian, beliau pualang ke tanah air, dan berhijrah ke daerah Kemaman untuk menimba pengalaman hidup dengan bekerja di sebuah syarikat multinasional, Petronas, selama tujuh rahun.

Kini, beliau sepenuh masa bersama rakyat Dun Tepoh bagi menyumbangkan tanaganya mendidik dan membangunkan masyarakat.

"Kalau masuk tahun ini Kalau dah tujuh tahun (keja dengan Petronas)..... jadi pimpinan panggil (saya) balik untuk berkhidmat berama massyarakat Dun Tepoh

"kita harap (rakyat Dun Tepoh) beri sokongan kepada PAS untuk kita berusaha menyempurnakan tawaran yang dibuat oleh PAS dan pastinya,

"perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah untuk memertabatkan Islam dan itulah pokok paling asas untuk dilaksanakan oleh pendokong perjuangan Islam ini InsyaAllah,"katanya.

Ulasan