Muafakat PAS-PKR Dun Kota Putera Bertekad Jatuhkan 'Rejim' BN

BESUT - Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menyifatkan 'pertembungan sedikit' yang berlaku di kerusi N.02 Kota Putera baru-baru ini adalah manifestasi dari harapan besar masyarakat untuk melihat 'rejim' Barisan Nasional (BN) jatuh pada pilhanraya umum kali ini.

"saya kira ia adalah manifestai daripada satu pengharapan besar yang berlaku di kalangan yang digerakkan secara gelombang untuk melihat kejayaan (dan) membentuk satu kekuatan untuk menumbangkan rejim Barisan Nasional (BN),



"ia tidak harus dilihat sebagai pertembungan, ia sedikit perkembangan hasil daripada suatu gerakan kesempurnaan, macaman kita nak bina suatu kemenangan kerana ia sesuatu yang mahal harganya yang harus dibayar dengan harga betul dan tepat,"ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mukaddimah dalam ucapan pada petemuan pertemuan muafakat antara PAS dan PKR di Kota Putera, yang diadakan di sini, pada Selasa 23 April. [Lihat Video]

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah calon PKR Dun Kota Putera yang telah menarik diri, Drs Abdul Ghani Ibrahim dan calon PAS yang akan meneruskan perjuangan, Ustaz Adam Mat Said.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/muafakat%20kota%20putera1.pngAbdul Ghani Ibrahim berkata, Ustaz Adam Mat Said yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dun Kota Putera kini bukanlah hanya calon PAS tetapi merupakan calon seluruh masyarakat yang mewakili Pakatan Rakyat.

Katanya, apa yang berlaku adalah ketetapan Allah bagi menuju kemenangan di Putrajaya dan mengambil alih pemerintahan dari Umno-BN di negeri Terengganu.

"kita sudah mengambil jalan penyelesaian berpandukan konsep Pakatan dan ukhuwwah islamiyyah dalaman kita, pemilihan (da penarikan diri) calon PKR adalah berdasarkan pucuk pimpinan dan demi menegakkan ukhuwwah dan Pakatan dalam memastikan Umno dan BN tumbang,

"harapan kami......ahli-ahli PKR (akan) dapat bekerjasama dalam Pakatan demi untuk kejayaan menuju Putrajaya dan merampas kembali negeri Terengganu ini,"tegasnya.

Sehubungan itu, Ustaz Adam ketika menceritakan kembali detik semasa proses penamaan calon pada 20 April lalu berkata, sebaik selesai, beliau dan Drs. Ghani telah berpelukan dan Drs Ghani telah berbisik ke telinganya, beliau akan mencari jalan penyelesaian.

"berat kita memikir sehari dua ni, (akhirnya) Allah menyeleaikan masalah kita, sebenarnya hari penamaan calon tu lagi, saya dan Drs (Ghani) telah berpeluk dan dia berbisik ke telingan saya (dan) berkata InsyaAllah ustaz, kita akan cari jalan penyelesaian untuk mencari satu maksud,

"AlhamduliLlah, setakat tak ada pun berasa 'rosak hati' antara kami, Allah telah bantu kita (dan saya) berasa syukur (yang amat) sangat,"katanya.

Ulasan