KEMAMAN
- PAS menegaskan komitmennya untuk memberi perhatian kepada golongan
pemuda dan pemudi sekiranya PAS diberi mandat kembali menerajui negeri
Terengganu Darul Iman dan negara pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13)
nanti.
Menurut Calon PAS N.29 Dun Kemasik Ustaz Alias Abdul Hamid, fakta dan angka jumlah pengundi menunjukkan golongan muda berumur 40 tahun kebawah merangkumi 42% dari 13 juta lebih pengundi yang akan menentukan hala tuju politik negara.
Oleh itu katanya, PAS amat menghargai orang muda ini dan telah meletakkan seramai 6 orang calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 2 orang calon untuk kerusi parlimen.
"PAS Negeri Terengganu menawarkan kepada orang muda Terengganu seramai 6 orang calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 2 orang calon untuk kerusi parlimen,
"semua mereka ini berumur 40 tahun kebawah dan jika orang muda memilih mereka ini sebagai wakil mereka, sudah tentulah mereka ini akan memperjuangan hasrat, kehendak dan cita rasa orang muda itu sendiri,"katanya.
Sebaliknya kata beliau, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu jelas sebenarnya tidak peduli kepada masa depan orang-orang kerana pemimpin muda tidak dipilih menjadi calon bagi mewakili kepentingan golonga tersebut.
Katanya, kepimpinan Pemuda Umno-BN Terengganu hanya layak menjadi tukang sorak, juru kempen, pemasang poster calon dan menaikkan bendera sahaja.
"saya nak tanya berapa orang di kalangan pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu dijadikan calon PRU Ke 13 ini........? adakah Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu dipilih menjadi calon......... atau sekadar menjadi juru kempen, pemasang poster calon dan menaikkan bendera sahaja?."tanya beliau.
Sehubungan itu, tidak hairanlah, kata beliau, sewaktu calon – calon pemuda PAS Terengganu sibuk berkempen bagi menentukan masa depan negeri Terengganu, pemuda Umno hanya menjadi tukang 'repot sahaja.
"Calon-calon PAS bercakap (soal) mengenai agenda pembangunan dan hala tuju orang muda, barisan Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu sibuk ke balai polis membuat laporan polis berkenaan isu pil kuda,
"inikah standard Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu ?," soalnya lagi.
Ustaz Alias yang juga Pengarah PAS DUN Kemasik berkata, antara calon golongan muda PAS yang bertading pada PRU-13 nanti adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang akan bertanding di DUN Bukit Payong, Timbalan Ketua di Parlimen Hulu Terengganu, Naib Ketua di DUN Teluk Pasu, Pengarah PASTI Terengganu di DUN Pengkalan Berangan.
Manakala katanya, Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman bertanding di DUN Tepoh, Ustaz Raqzi Alias di DUN Ajil, Ustaz Helmi Harun di DUN Manir manakala seorang lepasan doktor falsafah, Ustaz Khairuddin Aman al Takiri di Parlimen Kuala Nerus.
Justeru itu, beliau menyeru orang muda gunakan peluang PRU Ke-13 dengan mengundi PAS untuk menghantar wakil mereka dari kalangan orng muda samada di DUN Terengganu atau Parlimen Malaysia.

Ulasan