PRU-13 Penting Untuk Mengembalikan Demokrasi dan Maruah Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Dr%20Syed%20Azman%20Kepen%20PRU13.jpgKUALA TERENGGANU - Pilihanraya Umum Kali Ke-13 (PRU-13) adalah amat penting untuk mengembalikan demokrasi dan menebus maruah serta harga diri seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Terengganu khususnya.

Menurut, Calon PAS N.16 Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, rakyat Terengganu telah dihina kerana walaupun ia sebuah negeri kaya, namun rakyatnya masih bergelut dengan kemelut kemiskinan.

"kita nak mengembalikan demokrasi di negara kita, kita nak mengembalikan harga diri rakyat Malaysia dan juga rakyat negeri Terengganu, dalam konteks negeri Terengganu ia cukup penting,



"dimana......negeri Terengganu kaya tetapi rakyat Terengganu mash miskin, kepincangan inilah yang kita nak ubah.........kita melihat 5 tahun pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) mereka membelanjakan lebih RM10 bilion, tetapi pergi ke mana (wang itu)?,

"terlalu banyak pembaziran.......terlalu banyak salah urus.......salah tadbir, penyelewengan dan rasuah yang berlaku,"tegasnya. [Lihat Video]
Beliau berkata demikian ketika ditemui berkempen di pasar malam Kampung Cendering, dekat sini, pada Seelasa petang 23 April.

Beliau yakin, akan berlaku perubahan di negeri Terengganu sebagaimana kebangkitan rakyat yang sedang berlaku diseluruh negara.

"InsyaAllah dalam pilihanraya ini dngan kebangkitan rakyat yang sedang berlaku di seluruh Malaysia, Terengganu juga akan berlaku satu 'Tsunami' perubahan rakyat ke arah yang lebih baik dan kuasa rakyat yang akan dapat  melakukan perubahan yang besar di negeri Terengganu dan seluruh Malaysia,"tambahnya.

Ulasan