PRU-13 ; Tiga Wakil Universiti Tempatan Dan Antarabangsa Temubual Presiden PAS

MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan sekadar dikunjungi bahkan ditemubual selama lebih satu jam oleh tiga wakil dari tiga buah Universiti dalam dan luar negara.

Mereka itu ialah Profesor Paul D.Hutchcroft dan Profesor Edward Aspinall dari Australian National Universiti, Puan Meredith L.Weiss dari Universiti At-Albany (State Universiti of New York), Edmund Terence Gomez (Faculty of Economics & Administration) dan Surinderpal Kaur (Senior Lecturer) dari Universiti Malaya Kuala Lumpur.



Pelbagai isu dan persoalan lisan diajukan kepada Ustaz Abdul Hadi bagi menjawab segala pertanyaan mengenai perkembangan politik tanahair serta Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, yang sedang berlangsung hingga 5 Mei, depan.

Antaranya, persoalan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, hudud, pengundi muda dan wanita, calon pilihan raya, sokongan rakyat bawahan kepada PAS-Pakatan Rakyat, isu kemiskinan, royalti, kerajaan campuran (Umno-PAS) dan banyak lagi.

Kesemua mereka itu kelihatan amat ceria dan gembira dengan segala hujah serta penjelasan yang dikemukakan dan dijawab oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi.

Hadir sama menemani Ustaz Abdul Hadi, adalah Setiausaha Peribadinya Haji Zaihan Daud di kediaman Presiden PAS, Kampung Rusila, Marang, hari ini.

Pada hari yang sama rombongan tersebut menuju ke Kelantan untuk bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar sementara kerajaan PAS Kelantan.

Ulasan