13 April 2013

'R' Terus Mengasak, Mendesak Kerajaan Kemuka Jaminan Royalti

DUNGUN - Sekretariat Kembalikan Royalti (R) terus mendesak kerajaan memberi jaminan agar royalti petroleum dikembalikan semula ke negeri Terengganu tanpa mengira samada Pakatan Rakyat atau sebaliknya yang akan memerintah pada masa depan.

Ahli Jawatankuasa Sekretariat 'R' Naraza Muda berkata perjanjian pembayaran royalti yang ditandatangani oleh kerajaan negeri Terengganu dengan Petronas mesti diambil berat dan diberi kepastian supaya hasil berbentuk royalti itu kembali ke pangkuan kerajaan negeri.

"sehingga kini tidak ada kepastian (samada ada dipulangkan atau tidak), ia mesti dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri, (ia) perlu diambil berat dan diambil perhatian oleh kerajaan yang ada,"ujarnya ketika ditemui ada program gempur 'R' di felda jerangau dekat sini, Jumaat 12 April.

Beliau berata demikian ketika diminta mengulas sikap kerajaan Umno-Bn Terengganu yang berdiam diri, walaupun protes dan memorandum rakyat telah dihantar oleh 'R' kepada Menteri Besar pada 20 Mac lalu.

Menurutnya, sekiranya kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak memberikan sebarang jaminan, 'R' akan mengambil langkah mengasak sehebat-hebatnya, memberi penerangan dan menyedarkan rakyat tentang hak terhadap 'royalti' mereka itu.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...